Search This Blog

Sunday, January 25, 2015

USTAZ : SATU PENILAIAN SEMULA 2


  1. Saya mengambil beberapa hari untuk mencari maklumat mengenai mana-mana ulamak besar yang terlibat secara langsung dalam politik. Saya mencari melalui beberapa buah buku dan berulang-ulang mencari di dalam Internet. Sayangnya saya tidak berjumpa dengan seorangpun ulamak besar yang menyertai politik secara langsung.
  2. Sebaliknya di negara kita, berbaris mereka yang dipanggil ustaz berjuang dengan menggunakan landasan politik. Malah, ada parti politik yang dengan sewenang-wenangnya memberikan gelaran ustaz kepada ahli dan pemimpin mereka.
  3. Saya sendiri tidak pasti mengapa fenomena ini boleh terjadi. Apakah dengan membawa gelaran ustaz ini, ahli dan pemimpin parti tersebut akan terlepas daripada segala dosa dan kejahatan?
  4. Kalau diperhatikan secara mendalam, gelaran ustaz akan membuatkan rakyat percaya bahawa pembawa gelaran tersebut adalah mustahil untuk melakukan kejahatan. Maka, gelaran ustaz telah disalahgunakan untuk melindungi pendosa daripada berdosa.
  5. Hari ini ustaz menjadi jalinan bisnes yang cukup lumayan. Semakin besar nama yang digalas, semakin tinggi bayaran yang perlu dikeluarkan untuk masyarakat mendapat ilmu agama.
  6. Tidak hairanlah, ustaz mula memandu kereta mewah. Poligami menjadi satu perlumbaan. Media baru menjadi medan iklan akan kehebatan ceramah mereka. Semakin hari semakin ramai ustaz glamour lahir dalam masyarakat kita.
  7. Peliknya, semakin banyak ustaz di pasaran bebas ceramah ini, mentaliti dan budi bahasa rakyat kita semakin teruk. Semakin ramai orang yang berada dalam majlis ilmu anjuran ustaz berkereta mewah ini, akhlak dan sosial masyarakat semain runtuh.
  8. Kita boleh melihat lautan manusia yang menghadiri majlis ilmu apabila ada nama ustaz besar yang memberi kuliah. Malah, ada masanya kehadiran pendengar lebih besar daripada kehadiran satu konsert rock kumpulan lagenda.
  9. Logiknya, apabila semakin ramai ummah yang hadir dalam majlis ilmu, maka semakin ramailah ummah yang berilmu. Semakin ramai ummah yang ilmu, semakin kurangkan ummah yang runtuh akhlak dan jiwanya.
  10. Kalau kita meneliti beberapa siri ceramah oleh seorang ustaz yang glamour, kandungannya adalah agama. Sesekali diselitkan dengan lawak jenaka. Namun, jarang sekali sumber ilmu tersebut dijelaskan dengan sejelas-jelasnya. Apabila sumber ilmu tidak jelas, majlis ilmu bukan lagi menjadi taman syurga, sebaliknya medan untuk kita ketawa semata-mata.

No comments: