Search This Blog

Monday, January 26, 2015

USTAZ : SATU PENILAIAN SEMULA 3


  1. Sebagai pendengar pula, saya menjadi Maulidur Rasul yang lalu saya mendengar ceramah agama di sebuah surau. Penceramahnya adalah seorang Ustaz dari sebuah Institusi Perguruan. Banyak yang disampaikan. Isi kandungan ceramahnya amat bagus. Penyampaiannya juga bagus. Pengurusan masa ceramahnya juga bagus.
  2. Cuma ada satu yang mengelirukan saya. Pendapat peribadi beliau ke atas solat berjemaah. Beliau menegaskan perbuatan kita untuk berjemaah itu perlu ditunjukkan kepada masyarakat. Biar masyarakat nampak bahawa kita adalah umat yang mengamalkan solat secara berjemaah.
  3. Alasan yang dikemukakan adalah kesempurnaan solat seorang lelaki adalah melalui solat berjemaah. namun tiada nas dan hadis yang dirujuk. Pendapat tersebut kepada saya hanyalah bersifat pendapat peribadi.
  4. Tiga hari kemudian saya mendengar pula satu ceramah lain juga mengenai Maulidur Rasul. Cara penyampaiannya biasa sahaja. Kandungannya juga biasa sahaja. Kali ini oleh seorang penceramah bebas. 
  5. Tiada kutuk mengutuk. Tiada fitnah-memfitnah. Ceramahnya hanya berlatar belakangkan kepada perjuangan Rasulallah SAW. Namun ada soalan yang ditanya dengan sifat menunjukkan kebaikkan..apakah hukumnya.
  6. Penceramah tersebut merujuk kepada hadis yang bermaksud "Sembunyikanlah kebaikkanmu seperti mana engkau menyembunyikan kejahatanmu." Namun perawi hadis tidak dinyatakan. Sumber hadis tidak dijelaskan.
  7. Nyata sekali jawapan ini bercanggah dengan jawapan Ustaz pertama. Seorang kata perlu ditunjukkan, seorang lagi kata perlu disembunyikan. Kedua-duanya adalah Ustaz. Kedua-duanya mengemukakan sumber yang sangat boleh dipertikaikan.
  8. Sebagai pendengar pula saya menjadi amat keliru. yang mana satu perlu diikut dan yang mana satu perlu dijauhi. Kekeliruan ini sebenarnya menjadikan kita semakin dilemma mencari ilmu agama.
  9. Ustaz semakin ramai. Ustazah semakin ramai. Pendengar ilmu agama juga semakin ramai. Satu perkembangan positif yang perlu dipupuk dan dijaga sebaik mungkin.
  10. Perlu ada SOP yang jelas yang perlu dipraktiskan oleh semua Jabatan Agama setiap negeri dalam meluluskan permit pendakwah ini. SOP mestilah sama bagi kesemua negeri. Fokus SOP mestilah sama. Nanti lahirlah penceramah yang benar-benar berkredibiliti yang akan membantu membentuk insan kamil di Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

sekarang ini sumber ilmu cukup banyak ... buku dan kitab banyak, beli dan baca dan kemudian bincang dengan orang berilmu yang paling dipercayai....