Search This Blog

Tuesday, February 3, 2015

MINYAK TURUN BARANG TAK TURUN: TURUNKAN!


  1. Hanya di Malaysia perkara ini berlaku. Apabila minyak naik, semua benda akan naik harga. Semua jenis peniaga akan menaikkan harga. Semua..bukan sekumpulan.
  2. Minyak naik 20 sen, harga minuman naik 20 sen. Kopi dan gula juga naik 20 sen. Pemborong naikkan 20 sen. Pembekal naikkan 20 sen. Peruncit juga naikkan 20 sen.
  3. Kanaikkan 20 sen menjadi satu perlumbaan. Semua undang-undang yang berkaitan gagal mengawal. Malah, kenaikkan harga 20 sen ini seolah-olah nilai perundangan yang berkaitan juga 20 sen.
  4. Kenaikkan harga dilihat bebas daripada kawalan mana-mana undang. Tidak ada kes saman besar-besaran. Tidak ada premis perniagaan diarah tutup atau berhentikan operasi. Malah, peniaga dengan sombongnya menunjukkan kuasa soladiriti mereka.
  5. Fenomena ini berlaku kerana tahap kesedaran kepenggunaan di Malaysia amat lemah. Pengguna terus dengan pola pembelian yang telah menjadi budaya. membeli bukan mengikut keperluan, sebaliknya membeli mengikut kehendak.
  6. Maka berlakulah pembaziran dengan penggunaan kuasa pengguna yang lemah. Fenomena ini pula diviruskan lagi dengan budaya politik pembangkang yang sembrono. membangkang untuk melingkupkan, bukan membangkang untuk membina negara bangsa.
  7. Sudah sampai masanya, pengguna menjadi bijak. Berbelanja secara teratur. Menetapkan satu hari sebagai hari boikot membeli secara total. Sekiranya harga masih sama, bilangan hari ini ditambah kepada 2, 3 dan seterusnya.
  8. Untuk itu, berbelanja memerlukan perancangan yang sangat rapi. Keperluan mingguan perlu dirancang dengan tepat. Ini akan membolehkan kita berbelanja sekali dalam masa seminggu. Di samping itu, kita akan membeli mengikut keperluan bukannya kehendak.
  9. Saya tidak mengatakan kita perlu membawa bekal. Itu satu cadangan yang bodoh. Namun, saya mahu kita mengelak semua kedai makan yang menjual pada harga yang terlalu tinggi. Kita tetapkan satu bulan untuk memboikot kedai tersebut.
  10. Saya tidak menetapkan mana-mana kedai. Namun, saya, keluarga saya, dan rakan-rakan rapat saya telah mula memboikot kedai mamak mulai Februari 2015. Keengganan mereka untuk menurunkan harga makanan memualkan saya. Anda bagaimana?

No comments: