Search This Blog

Thursday, February 12, 2015

KEPUTUSAN MAHKAMAH : BERAPA KALI DIPERTIKAI?


  1. Hari ini sebenarnya banyak bahan yang boleh ditulis. Pemergian Nik Aziz, tokoh politik pembangkang Malaysia, pemergian Dato' Hasbulah, tokoh penyiar sukan negara, dan banyak lagi bahan yang menarik. Saya membuat keputusan untuk menyambung tulisan saya semalam.
  2. Keputusan mahkamah sebenarnya boleh dipertikai secara sah. Dalam kes Siful Lawan Anwar pun proses pertikaian keputusan mahkamah telah berlaku beberapa kali.
  3. Pertikaian pertama berlaku selepas menerima aduan dari pengadu. Pegawai penyiasat akan mempertikaikan aduan tersebut. Selepas semua pertikaian selesai, maka siasatan akan dimulakan. Jadi, pertikaian pertama adalah mengenai kesahihan aduan.
  4. Apabila kertas siasatan dibuka, siatan pun bermula. hasil semua siasatan akan dibawa kepada Pendakwaraya. Di sini, pertiakaian sekali lagi berlaku. Pertikaian kali ini adalah mengenai ketepatan dan relevensi pembuktian dan bahan bukti. 
  5. Pertikaian di peringkat ini adalah pertikaian yang paling panjang dan paling mencabar. Bahan bukti perlu ditambah dan perlu relevan dengan kes. Banyak kes dibuang kerana bahan bukti dan proses pembuktian tidak memadai.
  6. Jika kes tidak dibuang, maka pendakwaan diteruskan. Pertikaian terus berlaku di antara Pendakwa dan pembela. Bukan di antara yang menuduh dengan yang dituduh. Akhirnya keputusan Mahkamah Tinggi pun keluar.
  7. Keputusan ini terus dipertikai oleh golongan yang tidak berpuas hati. Pertikaian ini dibincang pula di Mahkamah Rayuan iaitu mahkamah yang lebih tinggi. Lebih tinggi kerana bilangan hakimnya lebih banyak dan pengetahuan hakimnya lebih berkredibiliti. Akhirnya keputusanpun dibuat.
  8. Keputusan ini pun dipertikai lagi oleh pihak yang tidak berpuashati. Pertikaian dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Mahkamah tertinggi di Malaysia. Paling tinggi kerana bilangan hakimnya ada 5 dengan semua hakimnya sangat berilmu dan berpengalaman.
  9. Keputusan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dibuat secara undian. Kerana itu bilangan hakim adalah ganjil. Hakim-hakim pula bebas membuat keputusan secara bersendiri tanpa terikat dengan keputusan hakim lain. Keputusan dibuat secara majoriti. Jika ada majoriti bersalah, maka tertuduh akan disabit kesalahan. Jika keputusannya sebulat suara mengatakan tertuduh bersalah, maka memang nyatalah tertuduh benar-benar bersalah. 
  10. Apabila di Mahkamah persekutuan juga kita didapati bersalah, maka nyatalah kita memang bersalah. Namun, itu bukan pengakhiran pertikaian keputusan mahkamah. Masih ada lagi pertikaian yang boleh dilakukan dan sah di sisi undang-undang. Esok akan saya huraikan....

No comments: