Search This Blog

Wednesday, February 11, 2015

KEPUTUSAN MAHKAMAH : KENAPA JANGAN DIPERTIKAI?


  1. Satu kes yang bermula di Mahkamah Majistret akan tamat di mahkamah tinggi. Kes yang bermula di Mahkamah Tinggi pula, akan tamat di Mahkamah Persekutuan. Proses ini adalah untuk memberi keadilan kepada tertuduh bukan untuk memberi keadilan kepada orang yang menuduh.
  2. Perkataan hakim hanya bermula jika seseorang itu mengadili kes di Mahkamah Sesyen diikuti oleh Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Semakin tinggi hairaki mahkamah mahkamah itu, maka semakin bijak dan adil seseorang hakim yang dipertanggungjawabkan.
  3. Untuk membawa kes ke mahmakah, mesti ada aduan. Aduan boleh datang daripada pihak ketiga atau daripada pihak yang menanggung kerugian atau mangsa. Bagi kes pengadu pihak ketiga, peratusan untuk terjadi konspirasi adalah lebih tinggi. Sebaliknya jika aduan dibuat terus oleh mangsa, maka peratusan konspirasi akan menjadi sifar.
  4. Kesalahan jenayah selalunya akan bermula di Mahkamah Tinggi. Contoh yang sedang hangat diperkatakan adalah kes liwat. Liwat dianggap jenayah di Malaysia melalui peruntukan undang-undang yang dibangunkan oleh British, Kerajaan sedia ada terus menganggap liwat sebagai jenayah. Sehingga kini, tidak ada pihak yang mahu menjadikan liwat sesuatu yang dibenarkan oleh undang-undang dengan membentangkan pindaan undang-undang tersebut ke Parlimen.
  5. Di Malaysia, meliwat adalah jenayah sekalipun liwat itu dilakukan secara suka sama suka. Liwat isteri juga satu jenayah. Mengikut takrifan undang-undang, yang bersalah adalah peliwat. Peliwat dalam kes ini adalah orang yang memasukkan zakarnya ke dalam dubur orang yang diliwatnya.
  6. Jika kes liwat ini melibatkan pengadu pihak ketiga, maka pengadu hendaklah mengemukakan saksi yang benar-benar relevan. Saksi yang nampak kejadian itu berlaku. Kejadian yang dimasudkan adalah tusukan zakar peliwat ke dalam dubur pasangannya. 
  7. Jika kes liwat diadu oleh mangsa, maka mangsa perlu diuji kredibilitinya. Dalam kes baru-baru ini, mangsa telah disoalsiasat oleh pendakwa dan pembela hampir 7 jam sehari selama sebulan. Hasilnya, aduan mangsa adalah berasas.
  8. Sesuai dengan kemajuan semasa, mahkamah di Malaysia telah menerima kemajuan teknologi sebagai bahan bukti. Dalam kes liwat, teknologi yang digunakan adalah padanan DNA. Di Malaysia, hanya padanan 100% DNA akan diterima di mahkamah, sedangkan di negara-negara maju, 20% padanan DNA telah memadai.
  9. Bagi kes liwat, DNA akan diambil daripada kesan mani tertuduh dalam dubur pengadu. Kesan mani ini akan dipadankan dengan kesan DNA yang diambil daripada tertuduh. Dalam kes ini, tertuduh telah enggan memberi sebarang sampel DNA beliau. Justuru, pasukan pembelaan mendapatkan kesan DNA daripada kesan perkakasan yang digunakan oleh beliau. Enggan memberikan DNA sebenarnya boleh didakwa atas menghina mahkamah.
  10. Masa yang sangat panjang dalam perbicaraan ini akhirnya memutuskan tertuduh bersalah. Keputusan ini dibuat oleh 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan. Keputusan ini selari dengan keputusan 3 orang hakim Mahkamah Rayuan. Namun, tidak sama dengan keputusan seorang hakim Mahkamah Tinggi. Apa maksudnya para 10 ini? Nanti saya menulis lagi.....

No comments: