Search This Blog

Wednesday, February 25, 2015

MELAYU : SATU KAJIAN WARIS NUSANTARA


  1. Dalam siri artikel kali ini saya akan menghuraikan satu kajian hebat mengenai Melayu. Bangsa Melayu adalah satu bangsa yang seperti tiba-tiba wujud di dunia ini. Asal-usul Melayu tidak banyak dikaji. Cuma, sifat Melayu itu terlalu banyak diperkatakan. Itu pun oleh R.O. Wintet, pengkaji Yahudi yang mengkaji hampir seluruh bangsa di dunia ini. Pelikkan, mengapa pengkaji yang hebat ini mengkaji bangsa Melayu.
  2. Melayu itu siapa? Satu bangsa yang penuh dengan suku-suku kaumnya. Ada Banjar, Jawa, Minangkabau, Rawa, Bugis, dan ratusan pecahan kaum. Dalam semua suku kaum ini, siapakah benar-benar Melayu?
  3. Dikelirukan lagi dengan perkataan Bumiputera. Bilangan suku kaum bertambah dengan wujudnya istilah Bumiputera ini.
  4. Muncul juga dilemma di antara Melayu dan Islam. Apakah Islam yang membawa kesejahteraan kepada Melayu, atau Melayu yang mensejagatkan Islam di Nusantara.
  5. Dalam dilemma tersebut, tidak ada yang berbicara dengan keimanan Melayu. Tidak ada yang pernah menulis tentang agama asal Melayu sebelum Islam. Tidak ada yang menghuraikan bagaimana Melayu begitu terbuka menerima Islam.
  6. Kalau diperhalusi, asas keimanan kepada Allah memang ada dalam jiwa Melayu sebelum kedatangan Islam. Persoalannya, apakah agama asal Melayu ini? Apakah orang Melayu yang mati sebelum kedatangan Islam ini beriman kepada Allah?
  7. Daripada Melayu lahirlah Tanah Melayu. Sebuah wilayah semenanjung yang paling selatan di dunia. Kedudukannya mengikut huraian sejarah sangat strategik untuk menguasai rantau Nusantara. 
  8. Wilayah ini menjadi rebutan semua bangsa yang bertamadun dari dahulu sehingga kini. Apakah uniknya wilayah ini? Hanya sebuah wilayah kecil yang diperintah oleh bangsa yang tidak diketahui asal usulnya? Maka, penjajah datang silih berganti.
  9. Penjajahan pula melahirkan pejuang kemerdekaan. Tanah Melayu merdeka pada 1957, namun perjuang merdeka wujud sejak 1511 lagi. Mengapa sehingga 1957 baru Tanah Melayu merdeka? Perjuang awal seperti Raja Ali Haji, Raja Jemba, dan segala macam tok guru termasuk pejuang era pertengahan seperti Sheikh Abduh, Mat Kilau, Tok Kenali, dan Tok Janggut berjuang berlandaskan agama. Mereka semua gagal mendapat kemerdekaan untuk Tanah Melayu sepanjang ratusan tahun itu. 
  10. Kemudian pada tahun 1946, pejuang-pejuang kemerdekaan Melayu ini menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO. Sembilan tahun kemudian Tanah Melayu merdeka. 
  11. Ini dulu sebagai pengenalan untuk siri kajian ini. Saya cuma mahu semua pembaca berfikir tentang mengapa saya bangga menjadi Melayu dan mahu terus kekal sebagai Melayu serta terus berdoa agar Melayu terus memerintah Tanah Melayu ini. Ikuti siri ini sepenuhnya.

2 comments:

Anonymous said...

Agama Penduduk Melaka Ketika Zaman Kesultanan Melaka
Menurut Sejarah Melayu, Bendahara kepada Sultan Muhammad Shah masih belum Islam ketika Sultan Muhammad Shah memeluk Islam (Shellabear, 1981).

Menurut Tome Pires dalam Suma Oriental, penduduk Melaka yang beragama Islam ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah hanyalah seratus orang termasuk Sultan Mansur Shah. Majoriti penduduk Melaka bukan beragama Islam hingga kepada zaman Portugis. (Cave, 1996). Penduduk Melaka ketika pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah baru mencecah 40,000 orang (Yusuf Iskandar, 1992).

Sulayman Al Mahri, seorang ahli pelayaran beragama Islam (1480 - 1550) yang belayar sehingga Alam Melayu meragui penduduk Melaka ketika itu beragama Islam (Laffan ,2011).

drzainal said...

Terima kasih di atas maklumat tambahan. Semoga pembaca semua lebih mengenali bangsa kita sendiri.