Search This Blog

Tuesday, March 31, 2015

GST DAN TINDAKAN KITA


  1. Hari ini bermulalah era baru kehidupan rakyat Malaysia. Perlaksanaan GST. Pelbagai reaksi rakyat yang bercampur-campur. Pro pembangkang akan mengeluarkan emosi yang tidak jelas. Pro kerajaan pula mengeluarkan fakta dan data mengenai GST.
  2. GST diamalkan di 160 negara tanpa mengiru status ekonomi negara tersebut. Dari segi kedudukan ekonomi, tidak ada salahnya mana-mana negara untuk melaksanakan GST.
  3. GST di Malaysia telah dirancang pada tahun 1989. RUU GST telah diluluskan pada tahun 2009. Hanya perlaksanaannya dilaksanakan pada tahun 2015. Satu tempoh masa kajian perlaksanaan yang amat memadai.
  4. Kadar GST yang dikenakan adalah 6%. Nilai 6% ini seringkali menimbulkan kekeliruan. Ramai sangat manusia yang memandai-mandai mentakrifkan nilai 6% ini.
  5. Secara umumnya GST hanya dikenakan kepada pembeli akhir. Maksudnya orang yang membeli dan menggunakan barangan atau perkhidmatan tersebut secara total dan kemudiannya barangan atau perkhidmatan tersebut tidak boleh digunakan lagi.
  6. Contohnya jika kita membeli kain. GST yang dikenakan adalah 6%. Jika kain tersebut kita gunakan untuk membuat baju dan baju itu dijual, maka GST untuk baju tersebut adalah 6%. GST ketika untuk membeli kain tersebut boleh dituntut semula. Itu pun jika semua baju daripada kain tersebut boleh dijual. Maka, kemungkinan penipuan cukai akan menjadi sifar. Semua rekod transaksi akan dibuat terus melalui sistem dan dipantau secara real time oleh Kastam.
  7. Maka, sebenarnya yang amat marah adalah pengusaha yang selama ini menipu dalam cukai jualan dan perkhidmatan. Hasil cukai jualan dan perkhidmatan yang kita bayar tidak disampaikan kepada kerajaan sebaliknya masuk ke dalam kantuk syarikat tersebut.
  8. Apabila peluang penipuan ini ditutup oleh GST, maka mereka mencari sokongan untuk menutup peluang menipu ini. Segalanya gagal, GST terus dilaksana pada 1 April 2015.
  9. Saya tidak tertarik kepada perubahan harga barangan dan perkhidmatan selepas GST dilaksanakan. Sebaliknya saya lebih tertarik kepada peningkatan hasil negara dengan adanya GST. Jika, pendapatan negara meningkat jauh dalam pembentangan bajet 2016, maka GST telah menunjukkan bunga-bunga kejayaan.
  10. Secara tidak sedar, GST mampu membenteras rasuah kutipan cukai tidak langsung di Malaysia. Salah urus kutipan hasil ini telah menjadi budaya yang kekal turun temurun. Hanya perubahan sistem mampu mengatasi budaya negatif ini. Dan GST tampil sebagai medium yang paling tepat.

1 comment:

Anonymous said...

Bila org banyak duit bercakap..
Saya tidak tertarik kepada perubahan harga barangan dan perkhidmatan selepas GST dilaksanakan.