Search This Blog

Wednesday, March 25, 2015

MELAYU DAN PERUNDANGAN YANG TEPAT


  1. Saya sebenarnya sangat sukar untuk mencari masa bagi mengisi ruangan kosong dalam blog ini. Namun Hudud kembali menarik minat saya untuk mencari ruang mana yang kosong tersebut.
  2. Hudud adalah Hukuman jenayah dalam Islam. Jenayah dalam Islam mempunyai perbezaan dengan jenayah daripada perundangan barat. Sebagai contoh, Zina adalah jenayah dalam Islam, tetapi tidak bagi kebanyakkan negara barat.
  3. Jenayah dalam Islam hanya merangkumi beberapa perkara iaitu Murtad, Merompak, Minum Arak, berzina, Mencuri dan Menuduh Orang lain berzina (Qazaf). Negara barat atau orang yang berfikiran barat nyata sekali menentang Murtad, Minum Arak, Berzina dan Qazaf sebagai jenayah.
  4. Hukuman untuk jenayah-jenayah tersebut adalah jelas dalam Quran. Maka, sebagai Islam, mempertikaikan hukuman tersebut adalah salah. Malah, mempertikaikan 6 kesalahan tersebut sebagai jenayah juga salah.
  5. Undang-undang Islam bukan hanya Hudud. Namun ada lagi bahagian Undang-undang islam yang sangat penting. Bahagian ini dikenali sebagai Takzir. 
  6. Takzir adalah ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. Takzir boleh jadi lebih ringan dari Hudud. Takzir juga boleh jadi lebih berat daripada hudud.
  7. Sebagai contoh, jenayah Zina dalam Islam amat menitikberatkan soal saksi. Ini kerana Islam amat menitikberatkan maruah manusia. Tuduhan sebarangan boleh membawa kepada Qazaf. Qazaf pula merupakan satu jenayah. Malah, saksi kepada Zina dinyatakan dengan jelas di dalam Quran.
  8. Takzir lebih mudah dalam membuat pengadilan. Pemerintah boleh menentukan kaedah lain untuk menentukan kesalahan tertuduh. Sebagai contoh, zina boleh dibuktikan melalui ujian DNA. Hukumannya boleh jadi penjara 5 tahun atau lebih atau apa sahaja hukuman yang boleh mendatangkan keinsafan kepada tertuduh.
  9. Bagi kes di Malaysia, Enekmen keluarga Islam adalah Takzir. Maka, sebenarnya Malaysia telah mempunyai Undang-undang Islam bertulis sebelum hudud dilaksanakan.
  10. Selain daripada itu, undang-undang Islam juga merangkumi Qisas dan Diyat. Qisas melibatkan kes bunuh dan melukakan dengan sengaja (termasuk mencederakan dan mencacatkan). Diyat pula melibatkan bunuh, mencederakan, atau mencacatkan secara tidak sengaja. Banyak lagi yang boleh diterangkan....nanti akan disambung.

No comments: