Search This Blog

Wednesday, April 1, 2015

GST DAN TINDAKAN KITA 2


  1. Hari ini adalah hari kedua perlaksanaan GST. Banyak perkara yang terdedah mengenai sikap butruk sebahagian peniaga dalam negara ini.
  2. KPDNKK telah menerima 419 aduan pada hari pertama perlaksanaan GST. Kastam juga menerima beratus aduan penyalahgunaan GST oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.
  3. Kesalahan mereka hanya berkisar tentang mengenakan GST kepada barangan yang tidak sepatutnya dikenakan GST. Satu kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang warganegara.
  4. Dalam media sosial pula, berlaku perlumbaan memuatnaik resit pembelian pertama yang dikenakan GST. Rakyat seperti teruja untuk melihat kesan GST kepada diri sendiri dan negara.
  5. Bagi pemilik akaun media sosial yang bertanggungjawab, mereka akan berkongsi beberapa bentuk penipuan GST dengan mengemukakan beberapa resit palsu. Informasi tersebut amat berguna untuk menjadi panduan kita semua.
  6. Saya sendiri ada beberapa group media sosial. Pelbagai bentuk group. Ada yang terdiri daripada golongan terpelajar, pengurusan tertinggi, hiburan, sukan dan rekreasi dan group taman.
  7. Rata-rata peminat sukan tidak peduli dengan GST. Sukan lebih penting. Pengurusan tertinggi pula bertumpu tentang cara bagaimana untuk meningkatkan kefahaman rakyat kepada GST. Group hiburan hanya menjadikan GSt sebagai satira hiburan. 
  8. Yang menarik adalah komen-komen daripada group taman. Ada dua orang yang sangat negatif pandangannya terhadap GST. Kedua-dua mereka ini sering berkongsi maklumat yang tidak benar. Menyebarkan dan mengatakan pelaksana GST bakal ke neraka.
  9. Peliknya kedua-dua mereka ini adalah penjawat awam. Seorang adalah guru agama di sekolah rendah. Komen dan bahan yang dikongsi semuanya salah fakta. Jika kita bertanya maka kita akan dikatakan rosak akidah kerana menyokong hukum yang mempermainkan umat Islam. Peliknya, beliau terus bekerja dengan kerajaan ini.
  10. Orang kedua adalah bekas kakitangan awam yang kini organisasinya menjadi GLC. Sangat marah dengan GST. Namun, beliau sedia menerima teguran dan membetulkan maklumat yang dikongsi. Yang lain tidak pernah komen mengenai GST. Guru tersebut sahaja yang terus mempengaruhi orang lain untuk terus membeci kerajaan dan negara dengan menggunakan GST.

No comments: