Search This Blog

Thursday, March 5, 2015

MELAYU: SATU KAJIAN WARIS NUSANTARA 4

  1. Islam menjadikan Melayu kepada identitas Melayu lebih jelas. Melayu di zaman Hindu-Buddha lebih bersifat wilayah dan tenggelam dalam budaya terpencil. Dengan menerima Islam, Melayu telah dipereratkan melampaui batas geografi dan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca penyebaran agama Islam.
  2. Sebagai pemacu tamadun, Melaka menjadi negara ilmu di mana melalui institusi-institusi surau, balai, langgar, masjid serta pelbagai institusi lain menjadi tempat pengajaran ilmu oleh Maulana Yusuf dan Kadi Munawar. 
  3. Puncak kepada fenomina mengajar ilmu ialah apabila istana menjadi pusat pembelajaran ( seperti universitas ) bagi kegiatan politik dan kebudayaan. 
  4. Maulana Abu Bakar merupakan ulama sufi dari Mekah mengajar Sultan Mansur Shah pelbagai persoalan theosophic melalui kitab karangannya berjudul ad-Durr'l-Manzum ( Rangkaian Mutiara ) yang isinya topik-topik ilmu tasawuf dan teologi. Sultan Mahmud berguru dengan Maulana Yusuf dengan kitab ' Maklumat.' Profesor Syed Naguib al-Attas mendapati al-Insanu'l-Kamil karangan Abdul Karim al-Jili ( 1365-1406 ) mengenai filsafat, dipelajari di Melaka pada pemerintahan Sultan Mansur Shah ( 1459-1477 ) 
  5. Ilmu-ilmu filsafat ini juga disebarkan ke negeri-negeri perlindungan Melaka seperti Pasai yang menjadikan Melayu sebagai pusat penyebaran ilmu. Sunan Bonang dan Sunan Giri pernah datang belajar ke Melaka dan merupakan Wali Yang Sembilan ( Wali Songo ) menyebarkan Islam di Jawa.
  6. Satu negeri yang jauh di timur yang telah Islam ketika itu ialah Brunei. Brunei dikatakan lebih awal menerima Islam dari Melaka sekitar abad ke 13. Walau bagaimana pun Brunei tidak dapat menonjolkan keislamannya kerana tekanan dari raja Majapahit Hayam Wuruk. 
  7. Pada tahun 1406, Brunei mengunjungi Melaka untuk turut menyaksikan pengislaman Parameswara sekaligus perkawinan Sultan Muhamad ( nama Pameswara setelah Islam ) dengan putri Raja Pasai. Hubungan erat Melaka-Brunei, Melaka telah menghadiahkan kepada Brunei wilayahnya di Kalimantan iaitu Sambas, Samarahan, Sarawak dan Mukah. 
  8. Persoalan bagaimana Kalimantan berada di dalam kekuasaan Melaka barangkali kerana Kalimantan pernah dikuasai Sriwijaya dan Majapahit. Sri Tri Buana ( Sang Nila Utama ) kakek Parameswara yang berasal dari Palembang yang menguasai kerajaan Sriwijaya beranggapan Kalimantan menjadi warisan turun temurun. 
  9. Barangkali begitulah Parameswara menafsir lantas menghadiahkan wilayah di Kalimantan itu kepada Brunei. 
  10. Kegemilangan yang hebat ini hanya tinggal sejarah. Kesan tamadun tersebut musnah sama sekali. Akibatnya Melayu hampir menjadi pengemis di atas tanah air sendiri. Pepecahan pula semakin menyesakkan. Pelbagai platform pepecahan telah melanda Melayu. Suku kaum, agama, dan politik menjadi Melayu kini semakin terpecah.
Bersambung..

No comments: