Search This Blog

Sunday, March 1, 2015

MELAYU: SATU KAJIAN WARIS NUSANTARA 3

  1. Melayu juga mempunyai pemerintah. Sebelum kedatangan Islam lagi, pemerintah Melayu digelar Sultan. Setelah kedatangan Islam, Sultan sebagai pemerintah lebih kepada doktrin kalifah yang memegang amanah berbanding institusi raja yang didewakan pada zaman Hindu-Buddha.
  2. Dalam sebarang pemerintahan pasti ada cabaran besar. Kerajaan Melayu Melaka seringkali diserang oleh Siam dan rakyat Melaka masih dapat mempertahankan Melayu. Adalah dipercayai Melayu dari seluruh nusantara dengan paduan persefahaman Islam telah datang membantu Melaka. 
  3. Dalam kegemilangan tersebutnya, maka wira-wira Melayu dilahirkan antaranya Bendahara Tun Perak, Laksamana Hang Tuah Lima Bersaudara, Megat Sri Rama dan lain-lain. Tetapi sifat keintelektualan Melayu, Sejarah Melayu telah dicipta sedemikian rupa. Berpandukan Islam sebagai agama yang melarang pemujaan tokoh, maka Hang Tuah dan Hang Jebat diletakkan dalam peraturan dan prinsip masing-masing. 
  4. Jadi tidaklah di antara mereka berdua, Hang Tuah dan Hang Jebat dijadikan tokoh. Bagi pemuja faudalisme, Hang Tuahlah pahlawan tetapi bagi pencinta keadilan dan kebenaran, Hang Jebatlah pahlawan. Interpritasi hanya sesuai pada keadaan. 
  5. Inilah minda Melayu. Sebagai intelektual, Tun Perak amat terserlah. Tun Perak berkhidmat kepada 4 sultan Melaka iaitu Sultan Muzaffar Shah ( 1446-1477 ) Sultan Mansur Shah ( 1459-1477 ) Sultan Alauddin Riayat Shah ( 1477-1488 ) dan Sultan Mahmud Shah ( 1488-1511 ) Sebagai pentadbir, Tun Perak menjadikan Melaka dari sebuah perkampungan nelayan kepada manca negara yang terbilang.
  6. Susunan hirarki pemerintahan pun dilembagakan bermula dari Sultan, Bendahara, Shahbandar, Penghulu, Bendahari, Laksamana dan lain-lain. Mereka dikenal sebagai orang besar berempat, delapan, enam belas dan tiga puluh dua. 
  7. Lihatlah cara gandaan bilangannya. Aturan pemerintahan digubal dengan Hukum Kanun Melaka iaitu Undang-Undang Temenggong ( undang-undang laut dan darat ) Undang-undang ini berteraskan Islam sebagai undang-undang bagi menjamin ketenteraman Melaka. 
  8. Malah Sultan Alaudin Riayat Shah menyamai Saidina Umar al-Khatab yang meyamar pada waktu malam bagi melihat keadaan sebenar kecurian yang berlaku di Melaka ketika itu.
  9. Sebagai negara yang sentiasa terancam oleh Siam, Tun Perak mengambil inisiatif melindungi negeri-negeri Melayu di semenanjung serta beberapa bahagian Sumatera seperti Riau-Lingga, Pulau-Pulau Karimun, Bintang, Pasai, Siak, Kampar, Inderagiri, Jambi dan Bengkalis. Naungan ini menyerlahkan kehebatan Melaka menarik pedagang luar seperti Gujarat, Coromandel, Benggal, Burma, Mesir, Eden, Parsi, Turki, Cina, Sumatera di nusantara selain pedagang ialah hubungan silaturahmi bangsa Melayu dan agama Islam. 
  10. Melaka telah setaraf tamadun Babylon, Mesir, Rome atau Greek. Kehebatan tamadun Melaka ini membuktikan minda Melayu bersifat global dan antarabangsa. Peliknya, apabila bebas daripada penjajah, minda Melayu menjadi kecut dan mendewakan minda bangsa lain yang dibawa oleh penjajah.
Bersambung

No comments: