Search This Blog

Tuesday, April 14, 2015

GST DAN TINDAKAN KITA 10


  1. Hari ke-15 kita dikenakan GST. Kita masih mampu meneruskan kehidupan tanpa sebarang perubahan besar. Kalau saya tanya kenapa, jawapannya, kita adalah manusia yang percaya bahawa undang-undang akan membentuk budaya baru.
  2. Itu yang saya mahu katakan dalam penulisan kata hari ini. Undang-undang akan dijadikan buku. Kenapa? Sebab undang-undang adalah knowledge yang mampu membina budaya baru. Budaya baru tersebut adalah betul dan tepat.
  3. Perlaksanaan sesuatu undang-undang pasti akan merugikan satu pihak. Pihak tersebut adalah pihak yang mengamal salah laku budaya yang dengan rakus merompak hak orang lain. Golongan ini akan menyalak menentang undang-undang yang hadir untuk membetulkan budaya tersebut.
  4. Undang-undang juga akan menguntungkan satu pihak lain. Pihak tersebut adalah pihak seperti kita yang sentiasa mengamalkan budaya yang betul untuk mendapatkan hak kita. Soalnya, kita sering terlupa untuk bertanya tentang hak kita yang dirompak. Maka, undang-undang datang untuk membuatkan kita berani bertanya mengenai hak kita.
  5. Hari ke-15 perlaksanaan GST menyebabkan 7 hotel dan 50 restoran di Malaysia dikenakan notis di bawah seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana mengenakan caj perkhidmatan tanpa mempunyai perjanjian bersama (CA).
  6. Perjanjian bersama adalah kebenaran untuk memungut caj perkhidmatan daripada pengguna. Hasil daripada caj perkhidmatan ini pula akan dipulangkan kepada pekerja. 
  7. Jika begitu, ke mana hilang caj perkhidmatan ini. Dua kesalahan dilakukan serentak, pertama memungut caj perkhidmatan tanpa kebenaran. Kedua, tidak memulangkan caj perkhidmatan tersebut kepada pekerja.
  8. Perkara kedua, setelah 15 hari perlaksanaan GST, 218 kes penipuan pungutan cukai telah diambil tindakan dan 535 notis dikeluarkan mengikut Seksyen 21, AKHAP. Jumlahnya adalah 753 premis memungut cukai daripada kita tetapi tidak mengembalikan cukai tersebut kepada kerajaan. 
  9. Ini yang saya katakan, Akta hadir sebagai agen tepat untuk membentuk budaya sempurna. Dalam masa 15 hari perlaksanaan GST, 810 premis perniagaan yang menipu kita. Peliknya, pengusaha sebegini masih berani menipu walaupun akta untuk menghalang mereka menipu telah dikuatkuasakan.
  10. Jika, tidak ada GST, mungkin angka 810 ini akan menjadi 8100. Atau mungkin 81000. Kenara itu kita akan dapati ramai yang menentang akta ini. Dan saya rasa kita faham kenapa mereka menentang. Jadi, janganlah kita menjadi sebahagian daripada mereka kerana kita adalah pengamal budaya yang tepat dan telus.

No comments: