Search This Blog

Monday, April 13, 2015

GST DAN TINDAKAN KITA 9


  1. Hari ke-14 perlaksanaan GST. Saya telah memperkatakan 9 perkara mengenai GST. Perkara yang saya perkatakan adalah perkara-perkara yang tepat mengenai GST. Saya mahu pembaca blog saya melihat GST melalui fakta dan data. Bukan melihat GST melalui perspektif politik dan fitnah.
  2. Hari ini saya memilih untuk menceritakan perlaksanaan GST di Kanada. Martin A. Sullivan dalam artikelnya VAT Lessons From Canada telah menulis dengan begitu terperinci kesan perlaksanaan GST kepada Kanada.
  3. GST di Canada ditentang oleh oleh Parti Liberal yang memerintah ketika itu. Satu gerakan kuat melaksanakan GST didalangi oleh Parti Konservatif digerakkan oleh ketua pembangkang Kanada iaitu Brian Mulroney. Akibatnya dalam pilihanraya umum 1984, Konservatif telah memenangi pilihan raya buat kali pertama.
  4. Berbeza dengan negara-negara ASEAN, di Kanada, rakyat mahukan GST. Kerana itu, Konservatif telah memenangi pilihan raya umum Kanada dengan majoriti yang besar. Sullivan menulis.."It was the largest parliamentary majority in Canada history".
  5. Pada tahun 1989, Konservatif mencadangkan nilai GST dinaikkan kepada 9%. Cadangan ini kembali menggerakkan kuasa penolakan oleh rakyat. Penentangan ini menyebabkan Konservatif menguatkuasakan 7% GST di Kanada sehingga 1991.
  6. Dalam pilihan raya umum 1993, Liberal mencadangkan untuk menggantikan GST dengan sistem cukai yang lain. Semua kempen politik Liberal berpusatkan kepada peralihan sistem cukai daripada GST kepada sistem yang tidak membebankan rakyat.
  7. Dalam pilihan raya tersebut, ketua pembangkang iaitu Jean Chretien telah diangkat menjadi PM Kanada. Ucapan pertamanya mengenai GST adalah.."We hate it and we will kill it."
  8. Liberal memulakan kajian untuk menggantikan GSt dengan sistem lain yang dikenali sebagai "Red Book". Kajian demi kajian dibuat sehingga 1996. Hasil kajian tersebut memerlukan beberapa kajian lain dibuat. Pada tahun 2005, liberal telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut.." We made a mistake. It was an honest mistake. It was a mistake in thinking we could bring in a completely different tax without undue economic distortion and within a reasonable time period."
  9. GSt tidak dibatalkan. Liberal memungkiri janji yang menyebabkan mereka kembali berkuasa di Kanada. GST terus dilaksanakan dan perlaksanaan GST merangkumi 85% keseluruhan populasi Kanada. Dalam kata lain, 85% penduduk Kanada terpaksa membayar GST setelah parti yang memperlekeh dan mahu menghapus GST memerintah.
  10. Sullivan dalam perenggan akhir artikelnya menulis.."It is easy to oppose the VAT with slogans and sound bites. The message is political candy; We want to prevent tax hikes." Kesemuanya adalah retorik politik. Sullivan 100% percaya hanya GST yang mempu membuatkan bajet negara tanpa defesit. 
Martin A. Sullivan adalah pengarang terhebat dalam Journal Tax Analysts.

No comments: