Search This Blog

Sunday, April 19, 2015

GST DAN TINDAKAN KITA 11


  1. Enam hari saya tidak menulis mengenai GST. Tanpa kita sedar, hari ini adalah hari ke-20 kita hidup bersama GST. Parti Liberal di Kanada sangat percaya, GST adalah tool yang akan membuatkan bajet negara berimbang.
  2. Sebagai pengguna kita perlu tahu ke mana wang GST yang kita bayar tersebut akan dibelanjakan. Selepas 20 hari, saya yakin, rakyat mula sedar nilai wang dinamakan GST itu sesungguhnya akan masuk ke dalam kantung negara.
  3. Saya yakin, rakyat mula bangga kerana turut menyumbang dalam pembangunan negara. GST menyebabkan hampir kesemua rakyat Malaysia menyumbang secara tetap kepada kewangan negara. Sumber ini nanti akan menjadi punca kepada pembangunan negara.
  4. Pembangunan negara adalah satu proses yang berterusan dan memerlukan perancangan yang benar-benar lengkap dan hebat. Hasil daripada pembangunan ini tidak boleh dilihat dalam beberapa aspek.
  5. Hasil pembangunan tidak boleh dinilai ketika proses pembangunan sedang berjalan. Juga tidak boleh dinilai sebaik sahaja projek pembangunan itu selesai. Hasilnya memerlukan tahun demi tahun. Ada masanya, generasi akan datang yang akan menikmati kesan pembangunan tersebut.
  6. GST pasti akan menambahkan hasil negara. Itu yang saya harapkan. Saya percaya, pembaca blog ini juga mengharapkan benda yang sama.
  7. GST akan menambahkan efeciency pungutan hasil negara dengan mengurangkan kadar penipuan cukai dan ketirisan pungukutan cukai. Cukuplah selama 57 tahun kita ditipu oleh peniaga yang memungut cukai SST dari kita tetapi tidak menyalurkan duit cukai SST kita kepada kerajaan.
  8. Akibatnya bajet sentiasa defesit. Belanja lebih besar daripada pungutan hasil. Dan negara terus berhutang dalam pelbagai bentuk. Hutang langsung ataupun hutang tidak langsung. Namun, hutang tetap hutang. 
  9. GST perlu dibuktikan berkesan. Maka, saya amat percaya, bajet untuk 2016 nanti akan menunjukkan bajet yang berimbang. Tidak mengapa jika saya tidak mendapat sebarang kebaikkan, asal sahaja hutang negara tidak bertambah.
  10. Kerajaan juga perlu sedar sumbangan ini daripada rakyat. Saya percaya, kerajaan akan sangat memilih untuk melaksanakan pembangunan melalui duit GST ini mulai tahun 2016. Jika ini benar-benar terjadi, pastilah GST sebenarnya rakmat besar kepada rakyat Malaysia.

2 comments:

Azlan Abu Bakar said...

WANG GST DRPD RAKYAT KEPADA RAKYAT. InshaAllah ketirisan n kebocoran hasil dapat ditangani, tetapi adakah kerakusan tangan2 ajaib dapat dihentikan serta-merta?

drzainal said...

Marilah kita berdoa semoga pemilik tangan ajaib tersebut mendapat pembalasan segera.