Search This Blog

Friday, May 8, 2015

GST DAN TINDAKAN KITA 12


  1. Saya sengaja lama tidak mahu menulis mengenai GST untuk menunggu keputusan PRK Permatang Pauh dan Rompin. Saya andaikan keputusan dua PRK tersebut akan menjadi cerminan terhadap penerimaan rakyat ke atas GST.
  2. Sekilas pandang kemorosotan majoriti di Rompin dan kegagalan di Permatang Pauh mungkin menjelaskan apa kehendak rakyat. Peratusan undi yang merosot juga menjelaskan sesuatu yang mungkin hanya difahami oleh pengundi kawasan tersebut.
  3. Laporan menunjukkan hasil bulan pertama GST menyamai 70% hasil tahunan yang dikutip melalui SST. Kesan GST dalam meningkatkan efisensi penerimaan cukai kerajaan sangat jelas. Maka, GST adalah sesuatu yang amat baik.
  4. Tiga (3) hari terakhir kempen di Permatang Pauh memperlihatkan PKR menggesa pengundi menolak GST dengan memilih calon PKR. Walaupun tidak dijanjikan, Permatang Pauh akan membatalkan GST, pengundi mungkin ramai yang terpengaruh.
  5. Rakyat Malaysia rata-rata hanya melihat keperluan rakyat. Melihat kepayahan rakyat. Melihat beban rakyat. Lantas mereka terlupa apa yang mereka perolehi daripada negara.
  6. Fenomena ini diperkudakan sepenuhnya oleh pembangkang. Maka, pembangkang dilihat sangat memahami kehendak rakyat. Apabila rakyat membenci satu sistem yang sempurna seperti GST, pembangkang akan membuktikan GST itu sebenarnya memang tidak berguna.
  7. Kita tolak ke tepi dahulu isu 1MDB. Kita fokus kepada GST. Pada saya nyata sekali rakyat percaya GST akan menyebabkan rakyat menderita. GST akan merompak duit rakyat. Hasil GST akan hilang entah ke mana.
  8. Kerajaan sebenarnya tidak boleh menyalahkan rakyat. Sebagai kerajaan, para pemimpin terlalu fokus melihat masalah negara. Ada kalanya kerajaan lupa, rakyat adalah sebahagian daripada negara.
  9. Apabila saya katakan rakyat adalah sebahagian daripada negara, maka rakyat juga ada peranan untuk melihat masalah negara. Menilai dan seterusnya menymbang untuk mengatasi masalah negara.
  10. Banyak isu GST yang gagal dijelaskan. Rakyat jadi keliru. Kerana itu saya menulis di ruangan ini. Saya mahu rakyat faham dan sedar GST memberikan kita peranan untuk melihat, menilai dan mengatasi masalah negara.

No comments: