Search This Blog

Friday, April 3, 2015

GST DAN TINDAKAN KITA 3


  1. Hari ini adalah hari ketiga perlaksanaan GST di Malaysia. Saya belum berbelanja walau sesen pun semenjak GST dilaksanakan. Maka, sehingga kini saya belum membayar GST.
  2. Yang menarik perhatian saya adalah kekeliruan di antara GST dan bayaran perkhidmatan atau servive charge. Ramai yang keliru. Ramai yang memuatnaik service charge ini ke dalam media baru.
  3. Service charge bukanlah cukai. Tidak ada satu undang-undang pun yang menghalalkan service charge di Malaysia. Namun service charge telah diamalkan diamalkan puluhan tahun yang lalu.
  4. Yang menarik perhatian saya adalah kadar service charge 10% ini tidak pernah dipedulikan sehinggalah GST dilaksanakan. Sebelum ini semua pengguna tidak kisah untuk membayar service charge ini malah terus mendapatkan perkhidmatan di tempat yang mengenakan bayaran tersebut.
  5. Pada saya service charge adalah satu bentuk penipuan kepada pengguna. Harga makanan atau minuman yang kita dapat diiklankan dalam menu pada kadar yang lebih rendah. Contohnya, harga sebenar air kopi adalah RM8. Apabila kita hendak bayar, harganya meningkat kepada RM8.80 setelah dicampur dengan service charge.
  6. Perlaksanaan GST sebenarnya menyedarkan kita bahawa selama ini kita dibayar untuk kita ditipu. Malah kita dengan bangganya membantu menipu tersebut mengiklankan harga penipuan tersebut kepada kawan-kawan kita.
  7. Service charge sebenarnya adalah sebahagian daripada kos produk. Jika, harga kopi tersebut adalah RM8, maka RM8 itu termasuk pada kos bahan mentah, penyediaan, labor, dan perkhidmatan. Jadi, kenapa kita perlu membayar kos pengeluaran sebanyak dua (2) kali.
  8. Kalau kita perhatikan, tempat yang mengenakan service charge ini pula akan menipu persepsi kita dengan mewujudkan suasana 'sangat high class'. Jadi penggunakan akan berasa bangga jika dapat menikmati produk sambil ditipu di sana.
  9. Dengan perlaksanaan GST, kita sepatutnya lebih memilih peniaga yang jujur. GST adalah kejujuran dalam pungutan cukai. Kejujuran ini bermaksud produk yang dicukai jelas, pungutan cukai jelas, rakyat membayar dengan jelas, dan hasil cukai sampai kepada kerajaan dengan jelas.
  10. Jika GST sebanyak 6% menjadi kebimbangan kita, maka service charge 10% ini sepatutnya kita boikot dan terus boikot. Kita perlu sedar semua tempat yang mengenakan service charge 10% ini bukan pun menawarkan produk wajib, sebaliknya produk yang kononnya untuk menaikkan kelas kita. 

No comments: