Search This Blog

Sunday, April 5, 2015

GST DAN TINDAKAN KITA 4


  1. Hari ini adalah hari ke-6 kita melangkah di dalam GST. Rungutan dan kekeliruan orang ramai semakin berkurang. Tindakan peniaga untuk mengambil kesempatan juga semakin kurang. GST secara tidak langsung dalam tempoh 6 hari telah berjaya mengubah budaya membeli di kalangan rakyat.
  2. Yang menarik perhatian saya adalah komen Sahibul Samahah Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Mufti Negeri Kelantan Darul Naim. Satu komen yang sangat benar, ikhlas, dan terkandung 1000 nilai intelektual. Komen tersebut jika di baca penuh dengan rasa tanggungjawab.
  3. Secara mudah Datuk Mufti Kelantan menyatakan GST adalah harus demi pembangunan negara. Sementara zakat adalah untuk asnaf. Ringkasnya, GST adalah untuk pembangunan negara, sementara zakat untuk membantu 8 golongan tertentu yang dinamakan asnaf.
  4. Apabila dikatakan cukai untuk pembangunan negara, maka keperluan cukai jauh melampaui keperluan asnaf. Antaranya adalah keperluan pembangunan fizikal, keperluan mewujudkan peluang pekerjaan, dan keperluan memodenkan negara.
  5. Cukai akan menyebabkan ekonomi negara bergerak, berkembang dan seterusnya membantu menambah pendapatan rakyat termasuklah rakyat yang beragama Islam.
  6. Apabila pendapatan rakyat Islam di Malaysia bertambah, maka sudah tentulah zakat yang akan dikeluarkan oleh umat Islam akan bertambah.
  7. Pertambahan zakat yang dikeluarkan ini akan membantu umat Islam membangunkan golongan asnaf supaya golongan ini juga akan menjadi pembayar zakat. Pengurusan yang berkesan akan menyebabkan golongan asnaf menjadi sifar.
  8. Datuk Mufti Kelantan dalam perenggan akhir artikel tersebut menulis seperti ini.."Kerajaan perlu mengambil tindakan untuk mengelak perkara negatif daripada berlaku ketika perlaksanaannya dan pada masa yang sama boleh membantu pertumbuhan ekonomi."
  9. Jelas sekali, satu dasar memerlukan kaedah perlaksanaan yang tegas dan tanpa kompromi. Cukai adalah hak negara. Hak negara adalah hak rakyat. Setiap GST yang dikutip perlu sampai kepada rakyat. 
  10. Di sini, satu tindakan tegas perlu diambil sekiranya ada peniaga yang tidak sepatutnya mengutip GST mengenakan cukai tersebut kepada rakyat. Hukuman yang berat perlu diambil segera supaya pengajaran cepat tersebar di kalangan peniaga lain.

No comments: