Search This Blog

Tuesday, April 7, 2015

GST DAN TINDAKAN KITA 5


  1. Hari ini hari kelapan perlaksanaan GST di Malaysia. Lapan hari perlaksanaan yang berjalan dengan lancar. Rakyat Malaysia mula boleh mengadaptasi perlaksanaan GST ini perlahan-lahan.
  2. Yang menarik untuk diperkatakan dalam penilisan saya hari ini adalah mengenai satu video yang diviralkan di media baru mengenai kompeten yang tiada pada seorang pegawai kastam mengenai GST.
  3. Jabatan Kastan adalah jabatan yang bertanggungjawab melaksanakan GST di Malaysia. Kastam pula merupakan perjawatan yang tertutup. Maksudnya, apabila kita memilih untuk menjadi pegawai Kastam, kita akan bekerja sebagai Kastam sehingga kita pencen.
  4. Kalau kita imbas semula Akta GST ini sebenarnya diluluskan pada tahun 2009. RUU dibentangkan pada 2008. Amat mustahil selama 6 tahun akta ini masih tidak difahami 100% oleh anggota Kastam.
  5. Video yang ditunjukkan adalah mengenai pertanyaan perkhidmatan telco. Pegawai yang ditanya menelefon orang lain untuk mendapatkan maklumat lanjut. Cara beliau menjawab lebih kepada menyampaikan jawapan orang lain.
  6. Ada kemungkinan akta dan perlaksanaan akta sedikit berbeza. Namun, setiap perlaksanaan adalah berdasarkan bahagian-bahagian tertentu dalam akta tersebut. Ringkasnya, perlaksanaan adalah terjemahan bahasa perundangan kepada bahasa pentadbiran.
  7. Saya kemukakan contoh mengenai takrifan bahan asas yang tidak dikenakan GST. Semua barangan asas yang dikecualikan daripada GST adalah barang asas dalam pembuatan lain. Takrifannya adalah berdasarkan Seksyen 2 akta tersebut. 
  8. Takrifan pula adalah bersifat umum. Jika kita ingin memasukkan barangan baru sebagai barangan asas, maka sifat barangan baru tersebut hendaklah selari dengan sifat barangan yang diperjelaskan dalam akta tersebut.
  9. Rakyat boleh keliru dengan perlaksanaan GST. Peniaga boleh keliru. Kakitangan Awam lain boleh keliru. Namun, Kastam tidak boleh keliru. Kekeliruan kepada Kastam akan menjadikan perlaksanaan GST tergendala.
  10. Saya memohon semua pegawai Kastam bukan sekadar membaca akta tersebut, sebaliknya menganalisa dan mengingati key word akta tersebut. Tanpa Kastam, apalah GST. 

No comments: