Search This Blog

Wednesday, April 8, 2015

GST DAN TINDAKAN KITA 6


  1. Perlahan-lahan kita sudah 9 hari hidup di dalam GST. Rasmilah Malaysia menjadi negara ke 161 yang melaksanakan GST. Rasmilah juga hanya dua negara ASEAN yang belum melaksanakan GST iaitu Mynmar dan Brunai.
  2. Myanmar mengamalkan pemerintahan Junta. Pemerintahan yang mengamalkan undang-undang tentera. Dalam kata lain, negara adalah sebuah kem tentera. Maka, semua yang berada dalam kem tersebut tidak boleh berkata "No". Berkata "No" sahaja adalah satu kesalahan besar meskipun kepada sebuah kepalsuan.
  3. Brunai pula mengamalkan pemerintahan beraja. Bezanya Brunai telah mewartakan Sistem Perundangan Islam. Ketika ini, Brunai kekal menjadi negara kecil terkaya di ASEAN.
  4. Di Eropah, hampir semua negara mengamalkan GST. Peratusan yang dikenakan menjangkau 26%. Semakin tinggi GST, semakin banyak sumber negara yang boleh digunakan untuk membangunkan rakyat negara tersebut.
  5. Saya kemukakan contoh sebuah negara yang mengenakan GST pada kadar sekitar 20% iaitu Finland. Sebuah negara yang hampir dilitupi salji sepanjang tahun. Sumber ekonomi Finland adalah terhad.
  6. Selain daripada Nokia, tidak ada sebarang brand yang berkait dengan Finland. Sumber kedua adalah hasil laut. Namun, Finland adalah sebuah negara maju. Rakyatnya berpendapatan tinggi.
  7. Hasil negara Finland cukup banyak kerana sumber daripada GST tinggi. Maka, di Finland, pendidikan percuma sepenuhnya bermula daripada tadika sehingga ke peringkat PhD. Pengurusan kesihatan, kemudahan awam, dan kebajikan rakyatnya amat terpelihara.
  8. Kita tidak pernah mendengar adanya jenayah berat terjadi di Finland. Tidak berlaku kematian yang banyak akibat daripada tragedi. Juga tiada campurtangan Finland di peringkat antarabangsa.
  9. Pemikiran dan budaya rakyat Finland menjadi antara yang termulia di Eropah. Rakyatnya sangat santun. Sangat menghormati kebersihan. Sangat patuh kepada perundangan. Semua faktor ini menjadikan Finland sebuah negara yang cukup aman dan makmur.
  10. Kalau kita fikir nilai yang kita bayar, kita akan menjadi marah. Sebaliknya jika kita fikir, nilai yang kita dan keturunan kita akan dapat, kita akan menjadi tenang dan berasa selamat. Finland boleh makmur kerana GST, masakan Malaysia yang kaya dengan pelbagai sumber ini akan gagal.

No comments: