Search This Blog

Thursday, April 9, 2015

GST DAN TINDAKAN KITA 7


  1. Bila saya menulis mengenai GST, saya mahu pembaca blog ini mempunyai pengetahuan tentang GST melebihi daripada mereka yang tidak membaca blog ini. Tulisan saya lebih bersifat global dan mengguna data yang sangat tepat.
  2. Semua tahu ada 161 negara yang melaksanakan GST di dunia. Namun tidak semua tahu tentang peratusan GST yang dikenakan oleh negara-negara tersebut. Peratusan GST menggambarkan tolerensi kerajaan dan rakyat.
  3. Sehingga 31 Disember 2014, purata peratusan perlaksanaan GST di dunia adalah 19.1%. Hungary adalah negara yang paling tinggi dengan 28%. Bayangkan jika Malaysia mengenakan GST pada tahap 28%. Pasti ada demonstrasi setiap hari. Mungkin ada darah yang tumpah.
  4. Selain daripada itu terdapat 23 negara yang yang mengenakan GST melebihi kadar 19.1%. Antara negara tersebut adalah Belanda, Peranchis, Island, Austria, Belgium, UK, dan Findland sendiri.Bukan sahaja di Eropah, malah negara-negara lain juga ada yang mengenakan GST pada kadar melebihi 19.1%.
  5. Paling rendah adalah Jepun. Jepun hanya mengenakan GST pada kadar 5%. Malaysia dan Kanada berada di tangga kedua rendah pada kadar 6%. Ini bermaksud, Malaysia berada 13.1% di bawah kadar purata GST dunia. Satu jurang yang sangat besar dalam penentuan hasil negara. 
  6. Semalam saya menulis mengenai Finland. Hari ini saya terangkan apakah sumbangan GST kepada pendapatan Finland. Semenjak tahun 2000, GST menyumbang di antara 46%-44% pendapatan negara Finland. Bakinya adalah hasil daripada cukai-cukai dan denda yang dikenakan oleh Finland.
  7. Apakah maksud 46%-44% ini? Jika kita biasa meneliti bajet tahunan Malaysia, pasti kita dapat bezakan di antara belanja mengurus dan belanja pembangunan di Malaysia. Pada bajet 2015 yang lalu, belanja pembangunan Malaysia hanya merangkumi 28% daripada keseluruhan hasil negara.
  8. Berdasarkan kadar 6% GST yang dikenakan, saya jangkakan jumlah hasil negara melalui GST akan mewakili 18% jumlah pendapatan negara. Jika semua sistem berfungsi dan ketelusan tadbir urus berada pada tahap 100%, jumlah kutipan hasil melalui GST boleh mencapai 25% daripada hasil negara.
  9. Jumlah 25% ini telah boleh membiayai 90% projek pembangunan di Malaysia untuk tahun 2016. Ini beerti, sumbangan pembangunan negara dibiyai oleh Rakyat hampir sepenuhnya. Apabila ini berlaku, kesejahteraan negara akan meningkat pada kadar 10% setahun.
  10. Saya percaya, apabila rakyat menyumbang kepada pembangunan negara, rakyat akan menjaga harta negara. Dengan sendirinya, minda rakyat akan berubah dari minda kelas ketiga kepada minda kelas pertama. Apakah anda percaya dengan penulisan saya ini?

No comments: