Search This Blog

Sunday, April 12, 2015

GST DAN TINDAKAN KITA 8


  1. Hari ini merupakan hari ke 13 kita melangkah bersama GST. Saya sendiri tertanya-tanya berapakah jumlah GST yang berjaya dikumpul oleh kerajaan. Harapan saya, semoga jumlah yang dikumpul ini melebihi jumlah pendapatan kerajaan yang dikumpul melalui SST.
  2. Semalam rakan saya seorang pesara tentera dan seorang lagi rakan saya juga seorang pegawai tentera menghantar sesuatu kepada saya. Satu mengatakan GST itu haram. Satu lagi pula mengatakan GST membuka ruang rasuah dan akan menambah kemungkinan berlaku ketirisan dalam pengurusan pembangunan negara.
  3. Yang menarik perhatian saya adalah perkongsian melalui url youtube. Ceramah seorang ustaz yang mengatakan bahawa GST itu haram. Dalam penulisan saya sebelum ini, saya telah mengulas pendapat Shahibul Samahah Dato' Mufti Kelantan yang mengatakan bahawa GST itu harus.
  4. Dalam penulisan saya kali ini saya akan nyatakan beberapa buah negara Islam yang melaksanakan GST dan nilai GST yang dikenakan. Algeria mengamalkan GST pada kadar 17%. Mesir pada kadar 10% dan Iran pada kadar 7%. Jordan ada kadar 16% dan Pakistan pada kadar 17%.
  5. Itu semua nama besar negara-negara Islam. Mesir khususnya, negara yang memiliki universiti tertua di dunia dalam bidang Keislaman. Adalah amat mustahil, negara yang peling ramai cendikiawan Islam mengamalkan sesuatu yang diharamkan oleh Islam.
  6. Iran pula sebuah negara Republik yang mengamalkan Hukum Hudud. Negara yang 100% mencorakkan negara melalui Islam. Memang aliran utama adalah Syiah, namun, Iran amat mahir dalam mentafsir Al-Quran. 
  7. Labanon, Morocco, Somalia, dan Tunisia juga mengamalkan GST pada kadar 10%, 20%, 7%, dan 18%. Kecuali Labanon, kesemua negara-negara tersebut adalah negara Islam di Afrika. Semuanya mengamalkan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Maksudnya terdapat ramai pakar tafsir di negara-negara tersebut. Dan, GST ada dalam negara tersebut.
  8. Kargyzstan, Tajikistan, Usbekistan, dan Turkmenistan mengamalkan GST pada kadar 12%, 20%, 20% dan 20%. Kesemua negara-negara ini adalah negara baru yang wujud setelah keluar dari USSR. Kesemuanya menjadi negara Islam. Kadar GST yang dikenakan pula bukanlah rendah.
  9. Contoh terakhir yang ingin saya kemukakan adalah Sudan yang mengenakan GST sebanyak 10% dan Yamen yang juga mengenakan GST pada kadar 10%. Kedua-dua rakyat negara ini sangat terkenal dengan ajaran dan amalan Islam. GST tidak pernah dikatogerikan sebagai haram di kedua-dua negara ini.
  10. Saya tidak melihat GST dari satu perspektif bisu sahaja. Dalam kata lain, saya melihat GST dilaksanakan di seluruh dunia. Dalam negara Islam dan juga dalam negara miskin. Saya menulis untuk semua pembaca mampu mengubah perspektif apabila melihat sesuatu isu. Menjadi bijak untuk memilih di antara cerita kosong dengan berita berisi.

No comments: