Search This Blog

Wednesday, May 20, 2015

GST DAN TINDAKAN KITA 13


  1. Saya yakin ada baiknya kita berehat sebentar daripada berbicara tentang GST. Saya menilai GST daripada beberapa sudut. Saya dapati, inilah masa yang sesuai untuk kita melaksanakan GST di Malaysia.
  2. GST pada saya adalah satu kaedah perlaksanaan cukai tidak langsung yang akan menyumbang kepada pendapatan negara. Pendapatan negara negara pula datangnya daripada rakyat. Tidak ada sumber lain yang lebih utama.
  3. Rakyat pula terbahagi kepada beberapa golongan. Golongan ini boleh dikenalpasti melalui pendapatan. Sangat kaya, kaya, sederhana, miskin, sangat miskin, dan miskin tegar. Semuanya rakyat Malaysia. Semuanya mampu menyumbang kepada negara dan semuanya perlu dijaga oleh negara.
  4. Rakyat jika dilihat dari segi sosial pula ada Melayu, Cina, India, kaum-kaum tertentu dan juga warga asing. Dari sudut ini, rakyat dilihat sangat berbeza. Agama, budaya, adat resam, malah nilai juga berbeza.
  5. Dari segi politik pula, rakyat ada yang menyokong kerajaan, menentang kerajaan, malah ada yang tidak berpolitik langsung. Atau ada yang sangat menentang kerajaan, namun tidak berdaftar sebagai pemilih. 
  6. Rakyat berbeza persepsi dari segi politik. Pemimpin sentiasa cuba mengolah fakta menjadi auta. Akibatnya rakyat buta pada hakikat dan kebenaran. Politik membuat rakyat bangga jika dia bersama pemimpinnya.
  7. Negara pula satu. Inilah negara kita. Dalam negara ada rakyat. Tidak ada negara tanpa rakyat. Istilah rakyat dengan rakyat kepada negara sangat jauh bezanya.
  8. Bukan semua rakyat yang menjadi rakyat kepada negara. Banyak rakyat hanya menjadi manusia dalam negara. Menuntut segala macam keperluan sedangkan tidak pernah menyumbang kepada negara sekalipun dengan memberi satu undi.
  9. Rakyat sebeginilah yang banyak 'bunyi'. Berbicara dan berhujah ikut naluri hati. Tiada fakta dan data. Cakap, cakap, cakap, cakap dan cakap serta cakap.
  10. Semakin banyak rakyat ini bercakap, semakin terserlah kebodohan mereka. Dan mereka ini terus bercakap. Sebabnya mudah, kebodohan dan mereka sukar dipisah. Maafkan saya jika anda terasa dengan tulisan akhir saya mengenai GST ini. Anda melihat masalah rakyat, saya melihat masalah negara. Saya adalah rakyat yang dalam diri saya ada negara. 

No comments: