Search This Blog

Sunday, May 24, 2015

RMK11- Pandangan Saya


  1. Apabila saya menulis tentang RMK-11, saya sebenarnya menulis tentang satu tindakan yang sangat kritikal untuk membawa negara kita melangkah menjadi negara maju. RMK-11 adalah pusingan akhir yang akan melengkapkan perjalanan Malaysia menjadi Malaysia maju pada tahun 2020.
  2. Apa hebatnya menjadi negara maju? Apakah kita sebagai rakyat akan dapat daripada sebuah negara maju? Atau kita tetap sama seperti sekarang?
  3. Episod ini saya akan menjawab ketiga-tiga soalan ini. Pergerakan ke arah negara maju adalah satu perjalanan yang panjang. Kerana itu perubahan tidak akan kita rasakan secara drastik. Perubahan hanya akan dirasai bila kita merenung kembali zaman yang lalu.
  4. Dalam sebuah negara maju harga barang akan meningkat sedikit demi sedikit. Ini pasti akan membuatkan rakyat mengeluh. Namun, rakyat tetap akan dapat menikmati barangan tersebut walaupun harganya telah meningkat 5 kali ganda.
  5. Saya kemukakan contoh harga petrol. Tahun 70an, harga petrol sekitar 50sen seliter. Amat murah. Sayangnya hanya sebahagian kecil rakyat yang dapat membeli petrol. Selebihnya, hanya memandang harga petrol yang murah tersebut.
  6. Bilangan rakyat yang memiliki kenderaan sekalipun hanya sebuah motosikal amat sedikit. Maka, nikmat daripada harga petrol yang murah tersebut hanya mampu dikecapi oleh 'tauke' dan 'lintah darat' di kawasan kira membesar.
  7. Hari ini pula harga petrol hampir RM2 seliter. 400% meningkat daripada tahun 70an. Peliknya, kita semua mampu membeli petrol untuk kenderaan pertama, kedua dan adakalanya ketiga kita. Lebih pelik, harga kereta pula meningkat hampir 1000% dan kita pula membeli lebih daripada sebuah kereta.
  8. Ini adalah hasil kemajuan yang dibawa oleh pemerintah negara melalui RMK1 hingga RMK10. Kita tidak sedar. Kita hanya sedar bila kita raya keperitannya. Kita lupa segala nikmat hanya kerana keperitan yang sebenarnya kita cipta sendiri.
  9. RMK8, RMK9, dan RMK10 telah berlalu. Kita sendiri lihat perubahan negara. Bas penumpang yang semakin kosong, kedai runcit semakin sepi, TV percuma semakin dibenci, telefon talian tetap semakin dilupakan, dan segala macam perubahan yang membentuk budaya baru masyarakat Malaysia.
  10. Maka, RMK11 pasti akan membuatkan kita semakin maju. Bila kita semakin maju, pasti semakin banyak keperluan yang kita mahu. Bila kita gagal mendapatkannya, pasti kita akan mencari seseorang untuk disalahkan. Seseorang itu adalah KERAJAAN.

No comments: