Search This Blog

Sunday, May 31, 2015

RMK-11: PANDANGAN SAYA 5


  1. Satu lagi data yang amat menarik minat saya untuk berfikir adalah 75% daripada Malaysia akan menjadi bandar pada tahun 2020. Ini jelas menunjukkan kawasan luar bandar akan menjadi sedikit. Budaya dan suasana baru akan terbentuk dalam proses urbanisasi ini.
  2. Pertamanya kesesakan jalan raya akan bertambah. Ketika ini populasi bandar dalam lingkungan 52% daripada keseluruhan populasi Malaysia. Ertinya jumlah populasi bandar akan bertambah dalam lingkungan 13%.
  3. Pada tahun 2020, terdapat 22.4 juta rakyat Malaysia akan berada di bandar. Jumlah ini secara kasarnya akan mewakili 4.48 juta keluarga. Secara mudahnya, bilangan rumah di dalam bandar pasti akan mendapat permintaan yang tinggi.
  4. Daripada semua keluarga yang tinggal di bandar, 1.792 juta keluarga adalah daripada golongan B40. Langkah segera perlu dibuat untuk membina sekurang-kurangnya 1 juta rumah mampu milik di bandar.
  5. Juga harus diingat, fenomena ini juga akan menyebabkan permintaan kepada rumah melambong naik. Maka, sudah tiba masanya kerajaan perlu menetapkan harga siling rumah berdasarkan jenis rumah. 
  6. Sebagai contoh, harga rumah murah adalah 3 kali KDNK perkapita, harga rumah sederhana adalah 5 kali KDNK perkapita, dan harga rumah mewah adalah 10 kali KDNK per kapita. Penjualan rumah kepada bukan warganegara perlu diberhentikan mulai 2016. Ini akan menstabilkan harga rumah di Malaysia.
  7. Seterusnya akan ada lebih kurang 9 juta kenderaan yang akan bergerak dalam bandar-bandar di Malaysia menjelang 2020. Pembesaran jalan dan pertambahan lebuhraya bertol tidak lagi praktikal. Kesemua ini hanyalah gambaran perlaksanaan dasar pemikiran dalam kotak fikiran yang sama.
  8. Langkah memajukan perkhidmatan pengangkutan awam perlu mengalami transformasi yang radikal. Infrastruktur kereta api laju perlu disiapkan dalam masa 5 tahun dan parameter kawasan liputan perlu diluaskan.
  9. Agak janggal apabila Putrajaya tidak dihubungkan melalui keretapi. Sedangkan keperluan keretapi laju adalah cara yang paling praktikal untuk mengurangkan kesesakan jalan. Maka, alasan tidak boleh diterima untuk menangguhkan pemodenan pengangkutan awam darat di Malaysia.
  10. Saya tidak melihat data. Saya juga tidak menyampaikan informasi. Saya memproses data dan informasi untuk kita fikir bersama. Apabila kita fikir secara kritis dan jauh daripada pengaruh emosi, kita bukan sahaja melihat masa hadapan, sebaliknya kita telahpun menyentuh masa hadapan hari ini. Komen jika anda juga berfikir tentang 2020.

1 comment:

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.