Search This Blog

Tuesday, May 26, 2015

RMK11 - PANDANGAN SAYA 2


  1. Ada dua data yang sangat ingin saya huraikan dalam tulisan saya kali ini. Pertama adalah KDNK sebantak RM1.4 trillion dan kedua KDNK Per Kapita iaitu RM54,890. Kedua-duanya akan kita capai pada tahun 2020.
  2. Seperkara lagi saya juga tertarik dengan unjuran rakyat rakyat Malaysia pada tahun 2020. Jumlah populasi ketika itu adalah 32.4 juta orang. Meningkat 3.4 juta daripada sekarang.
  3. Kedua-duanya hanya angka yang diunjurkan daripada kemampuan semasa negara. Nilai RM1.4 trillion adalah satu nilai yang sangat besar. Sementara nilai RM54,890 adalah pendapatan tahunan yang juga amat besar bagi seseorang warga negara.
  4. Jika KDNK yang berjumlah RM1.4 trillion tersebut gagal dicapai, maka KDNK perkapita juga akan gagal dicapai. Lebih parah jika jumlah populasi adalah benar, maka KDNK perkapita akan menjadikan usaha negara ini gagal.
  5. Maka segala tumpuan haruslah diberikan untuk meningkatkan KDNK negara. Asasnya pada masa sekarang adalah komoditi dan barangan perindustrian.
  6. Adalah mustahil untuk kita meningkatkan komoditi negara memandangkan kawasan untuk pembangunan komoditi adalah terhad. Maka tumpuan hendaklah diberikan kepada peningkatan pengeluaran barangan industri.
  7. Dalam meningkat KDNK elemen utama adalah tanah, kapital, tenaga mahir, usahawan dan inovasi. Bagi kesemua elemen itu hanya inovasi yang tidak mempunyai batasan. Maka, penggunaan inovasi dapat meningkat pengeluaran dengan sumber-sumber lain yang kekal sama.
  8. Sebagai contoh, peningkatan keluaran komoditi boleh diinovasikan sekiranya klon dan teknologi yang tepat digunakan. Malah, komoditi asas boleh ditukar kepada komoditi nilai tambah untuk meningkatkan nilai eksport komoditi.
  9. Unjuran data mengenai 2020 telah dikemukakan. Persoalannya apakah rakyat Malaysia percaya? Atau ramai yang mengatakan data tersebut sekadar dusta? Pada saya itu bukan persoalan utama. 
  10. Data tersebut adalah unjuran. Kita perlu percaya untuk menjadikan data itu nyata. Kerajaan pula harus mengadakan program yang tepat untuk memudahkan data itu dicapai. Rakyat perlu menyokong semua program tersebut. Kita bukan sahaja perlu memandang ke masa hadapan, kita perlu sentuh masa hadapan untuk generasi akan datang warisi. Mereka nanti bukan sahaja warisi kemajuan yang kita bina, tetapi bidaya baik yang kita cipta.

No comments: