Search This Blog

Tuesday, June 30, 2015

POLYTIKUS BERKOPIAH USANG 9

Maka bermula lah babak geng yang merasakan diri mereka pandai menentang geng yang merasakan diri mereka ulamak.

“Bodoh. Kalau kita laksana hudud, habis semua orang lari.” Jerit Mohd Sabar.
“Dah lebih 57 tahun kita dalam negara ni. Nak berbillion duit habis buat modal pilihanraya.” Sambung Mohd Sabar lagi.

“Tuan Guru apa tahu. Bini je dua. Otak beku..” Sangat realistic lakonan Mohd Sabar kali ini.

Semua diam. Tuan Guru hanya tunduk sambal jari-jemarinya dibunyi-bunyikan. Sesakali dia betulkan serbannya. Sesekali dia usapkan janggutnya. Jauh dilubuk hatinya, dia mahukan hudud. Jauh di sudut hatinya dia takut untuk laksanakan hudud. Dia sendiri pun tak tahu macamana nak laksanakan hudud.

“Hudud ini hokum Allah. Kita kena laksanakan. Murtad ….” Tuan Guru mula bersuara. Tiba-tiba Lim King Day Jr terus jerit “Cut”

“Hoi olang tua, lu jangan cakap itu macam. Lu mesti ingat maa, pi ar u lepas sape bayar semua wang. Wa punya syalikat maa.” Jr membebel. Ditunjalnya kepada Tuan Guru yang dilakonkan oleh Lebai Othman.

Merah padam muka lebai Othman. Nak dilawan hatinya kecil. Jiwanya kecil. Semuanya kecil dapa Lebai Othman dan rakan-rakan dalam kumpulannya. Hanya jubah dan serban sahaja yang besar gedabak.

“Lu ikut ini macam. Lu cakap Hudud mau jalan. Itu Melayu Parti tatak mau. Senang maa. Kita Nampak baik. Itu Melayu Parti Nampak jahat.” Jr menambah.

Lakonan diteruskan. Semuanya mengikut rentak Lim King Day Jr.
Pelakon-pelakon lain hanya melakonkan watak demi wang, nama, pangkat dan kemewahan dunia. Pada mereka lakonan juga profession. 

Tidak ada salahnya menjadi pelakon berwatak antagonis. Biarlah kalau rosakpun negara.
Mereka ada Lim King Day. 

Payung besar yang akan memayungkan mereka sampai bila-bila.


Bersambung…..

No comments: