Search This Blog

Thursday, July 2, 2015

POLYTIKUS BERKOPIAH USANG 10

Apabila ditayangkan siri-siri tersebut distesyen TV sambutannya semakin kurang. Rating penonton turun mendadak. Mungkin penonton semakin berotak. Hanya tinggal sebahagian penonton sahaja yang masih berotak udang.

Tayangan siri di Selangor mula kacau bilai. Siaran sering terganggu. Suasana juga panas. Bekalan air yang terganggu membuatkan penonton bosan untuk menonton siri ini. Wabak denggi yang terus menerajui carta negara juga mengganggu rating tontotan.

Tayangan di utara menghadapi boikot yang kuat. Rating jatuh menjunam daripada penonton India dan Melayu. Cuma banagsa tionghua terus ketawa terkekek-kekek menonton siri ini. Mereka bangga dan puasa apabila melihat Lim King Day membodohkan bangsa asal negara ini.

 Jelas terbukti bangsa ini bukan sahaja mudah dibeli, namun sudah kritikal apabila mudah menjual apa sahaja termasuk menjual agama.

Rating semakin merudum. Penonton Melayu di utara semakin sibuk dipindahkan ke hutan. Penonton India semakin sibuk dipindahkan semula ke estet. Penonton tionghua pula sibuk memantau kekuatan bunyi azan. Kesemua kesibukkan ini membuatkan rating semakin turun.

Di Pantai Timur sahaja jumlah rating meningkat. Tapi itu tudak menggembirakan Lim King Day. Lim King Day tahu, penonton pantai timur lain caranya. Agama dimulut, anak tiri didera. Agama diucap selalu, aids naik melulu. Segalanya diamalkan di sana.

Lim king Day mula berfikir untuk menambah watak tambahan. Watak tambahan yang akan menjadi watak utama. Watak yang ada pengaruh. Yang jawatannya Nampak alim. Orangnya Nampak warak. Cakapnya Nampak berilmu. Jiwanya Nampak sangat Islam.

Dalam semua yang Lim King Day nampak…dia sebenarnya nampak seorang tokoh yang boleh diperkudakan…


Bersambung….

No comments: