Search This Blog

Monday, July 27, 2015

1MDB - APA DAN APA?


  1. Saya tidak pernah tertarik untuk menulis mengenai 1MDB. Segala isu pada saya dilebihkan unsur politiknya. Maka, semua pembacaan mengenai 1MDB melalui media akan mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. 
  2. Apabila TSMY mengulas mengenai 1MDB dan bertanyakan seluruh ahli UMNO tentang 1MDB pada saya amat jelas, 1MDB penuh dengan rahsia. Mungkin dirahsiakan atau mungkin orang Malaysia tidak lagi mahu mencari fakta sebenar untuk dikongsikan.
  3. Nama penuh 1MDB adalah One Malaysia Development Berhad. Berentitikan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2008. 1MDB telehpun melepasi usia tadika. Usia 1MDB ketika ini adalah usia sekolah rendah.
  4. Falsafah 1MDB adalah "Be bold and daring...to break new ground and do things differently". Visinya pula adalah "A strategic eneblers for new ideas and sources of growth". Sementara Misinya adalah "To drive sustainable economic development for forging strategic global partnerships and promoting FDI". 
  5. Berdasarkan kes-kes yang didedahkan ketika ini, pada saya 1MDB memang melaksanakan falsafahnya dengan berjaya. Operasinya memang 'Bold and Daring". Sementara lokasi pelaburannya adalah 'new ground'. Dari perspective pelaburannya, 1MDB nyata berjaya untuk mencipta "new ideas and sources", cuma mungkin belum nampak "strategic anablers of growth" walaupun telah menjangkau usia 7 tahun. 
  6. Kesemua persoalan yang ditimbulkan jelas menunjukkan 1MDB mempunyai niat untuk menjayakan "sustainable economic development for forging strategic global partnerships and promoting FDI". Pada saya dan semua yang mengikuti kes 1MDB ini, memang kita tidak boleh nafikan bahawa 1MDB sedang melaksanakan falsafah, visi dan misinya.
  7. Kesemua saham 1MDB dipegang oleh kerajaan Malaysia. Barisan lembaga pengarah 1MDB bukan calang-calang individu. Pengerusinya adalah PM dengan penasihatnya adalah bekas PM Qatar. Pengarah lain adalah KSN, bekas KSN, KSP, bekas Menteri Kewangan, Taikun China dan Taikun dari Abu Dhabi. Pada saya barisan lembaga pengarah memustahilkan 1MBD gagal dalam operasinya. Saya sendiri yakin dan penuh percaya 1MDB memerlukan sedikit lagi ruang untuk menjadikan Malaysia berjaya melaksanakan badget lebihan pada masa akan datang.
  8. Pengurusan tertinggi 1MDB dianggotai oleh 6 orang Melayu, 5 orang Cina, dan Seorang Indaia sebagai CEO. Nyata 1MDB bercirikan 1Malaysia. Untuk potfolio kewangan, pelaburan dan hartanah, pegawai tertingginya terdiri daripada bangsa Cina. Pada saya bukan masalah, sekiranya semangat mereka kekal untuk membangunkan negara ini.
  9. Kesemua penyata kewangan tahunan 1MDB dinyatakan dengan jelas. Saya tidak memilih untuk menulis tentang penyata kewangan kali ini. Saya akan ulas mengenainya pada siri akan datang. Syaratnya mudah, anda kena terus membacanya di blog saya.
  10. Ketika ini, isu yang dibangkitkan berjaya mempromosikan 1MDB bukan sahaja kepada rakyat malaysia, bahkan keseluruh dunia. Saya hairan apabila ada ahli politik sendiri yang tidak tahu di mana info sebenar 1MDB boleh diperolehi. Isunya mudah, info yang tepat tidak akan datang sendiri. Kita perlu bergerak untuk mencari. 


2 comments:

Zamri Zain said...

Interesting Intro...very precise n understandable...Syabas Dr.Zainal@ Ultra Malays.

drzainal said...

Tq Tuan Zamri