“Hello..muleh cakap dengan Tuan Aji kaa?” Lim King Day
bersopan sungguh ketika memulakan perbulan telefon beliau dengan Sahibul FB.
“Hello, siapa tu? Apa boleh saya bantu?” Sopan juga balasan
Sahibul FB. Sahibul FB dari sebelah sana. Beliau mengaku sangat berilmu.
Pengikutnya jutaan. Seringkali menentang dasar majikannya.
Ada sahaja hadis dan
cerita yang dimanipulasikan oleh Sahibul FB untuk mencari pengaruh.
Maka, pengikut Sahibul FB sangat ramai. Walaupun dia hanya
menjadi Sahibul di sebuah wilayah kecil, namum pengikutnya merentas seluruh
negara dan benua.
Perbincangan dan perbincangan berjalan lancer. Sesekali
bergegar telefon dengan gelak tawa Sahibul FB dan Lim King Day. Kemudian mereka
berbual lagi. Kemudian ketawa lagi. Persis watak dua orang antogonis sebelum
merogol mangsa yang diikat.
Hampir dua jam perbincangan itu berlaku. Kalau dikira isi
perbualannya hanya satu. Perbincangan tersebut sebenarnya boleh tamat dalam
masa lima minit. Namun Lim King Day veteran pengarah filem yang bijak. Dia mau
untung. Untung yang mudah.
Sahibul FB pula orang yang merasakan dialah paling berilmu
dalam hokum hakam agama. Dia kata haram, dia mahu semua orang mengaku haram.
Dia kata halal, dia mahu semua orang mengaku halal. Rujukan-rujukan sangat
ketinggalan zaman.
Sahibul FB jarang bercakap berlandaskan rujukan.
Merujuk kepada Sahibul FB bukan tarafnya. Fikirannya tajam.
Otaknya cerdas. Mukanya juga tampan. Apa perlu merujuk.
Saban hari media-media yang dibayar oleh Lim King Day sering
memuji Sahibul FB. Sahibul FB potong dan tampal disekitar ofisnya. Dia nampak
sangat bijak dengan semua keratin akhbar itu.
“Boleh, boleh…boleh..” Beriya-iya Sahibul FB menutup perbulannya
dengan Lim King Day.
Bersambung…..
No comments:
Post a Comment