Mulai hari itu Sahibul FB semakin popular di semua media.
Ada sahaja jemputan ceramah, takzirah dan forum yang Sahibul FB jadi panelnya.
Penonton semua terpukau bila Sahibul FB berhujah.
Lim King Day pula mahukan semuanya berjalan seperti
impromto. Tiada skrip bertulis. Tiada set. Semuanya seperti asal. Lim King Day
hanya mengarahkan Sahibul FB pada hari sebelumnya. Yang lain dibuat seolah-olah
semuanya benar.
“Tadi Ana beli kurma nak buat buka puasa tuan-tuan
Rahikumulah sekalian. Kurma pun ada GST. MasaAllah, nak buat kerja Sunnah pun
kena GST.” Itu trade mark Sahibul FB. Guna agama, cari kesukaan rakyat, kaitkan
dengan dasar kerajaan, kemudian hentam kerajaan seolah-olah kerajaan ini
kerajaan kafir firaun.
Semakin kerajaan difiraunkan, semakin banyak habuan yang
Lim King Day berikan kepada Sahibul FB.
“Beli sejadah, kena GST. Karpet kena GST. Simen kena GST.
Semuanya bahan-bahan yang digunakan dalam Rumah Allah kena GST.” Semakin kuat
Sahibul FB menggegar langit.
“Kejam-kejam. Firaun dan kerja syaitan semua ni.” Terus dan
menerus Sahibul FB memfiraunkan kerajaan. Dalam mindanya terbayang habuan yang
akan diterima dari Lim King Day.
Dengan gaji Sahibul FBnya di daerah kecil,
Sahibul FB tahu dia tidak akan semewah mana. Maka, Lim King Day lah tempat
Sahibul FB menggandakan nikmat dunianya.
Semakin malam, semakin ramai orang yang datang. Semuanya
kyusuk mendengar. Semuanya hanya angguk dan tuduk. Makin tunduk, semuanya
rasakan makin tawadduk. Makin tawadduk semua dapat rasakan makin hamper dengan
syurga Allah.
Begitu cara Islam diajar kepada sebahagian besar penonton. Duduk.
Tunduk. Diam. Dan akhir sekali impikan syurga.
“Shahib, saya Tanya soalah boleh.” Ada suara dari barisan
depan. Semua mata tertumpu kepada suara itu. Suara itu lambing kurang ajar.
Suara yang akan bertanya itu lambing dia ahli neraka.
“Boleh..kita kena Tanya. Itu kan adat mencari ilmu.” Tenang
Sahibul FB menjawab. Dia yakin sebagai Sahibul yang memiliki lulusan university
tertinggi mustahil dia tidak boleh jawab soalan manusia-manusia bodoh dan
bahalol yang sering dibodohkannya.
Bersambung…..
No comments:
Post a Comment