Search This Blog

Tuesday, July 7, 2015

POLYTIKUS BERKOPIAH USANG 13

“Muka surat 9, 27, dan 34 buku panduan GST menyatakan semua barang yang Sahib sebut tadi zero rated. Ertinya tidak kena GST.” Suara it uterus bertanya.

“Boleh tak saya lihat resit belian rasmi Sahib. Mana tahu saya boleh  bantu. Saya yakin Sahib ditipu oleh peniaga tersebut.” Tambah orang yang bertanya. Semua mata mula bertumpu kepada yang bertanya.

Sahibul FB diam. Mukanya mula merah. Otaknya yang selama ini hanya mencari populariti murah mula membiol.

“Mustahil. Saya beli di Mydin.” Tenang jawab Sahubul FB. Dia masih cuba mengawal segalanya.
“Sahib, Mydin mana ada GST.” Ada suara lain pula yang menyampuk. Sahubul FB mula gelabah. Seorang demi seorang dilihat memandang tepat kepadanya.

“Betul Sahib, Mydin kan serap GST.” Kata orang lain. Dan orang lain. Dan orang lain. Dan akhirnya satu padang melaungkan nada yang sama.

“Tuan-tuan kalau macam nilah Sahib yang kita ada rosak negara. Sahib yang sepatutnya membawa kebenaran menjadi agen penyebar fitnah.” Tiba-tiba suara orang yang mula-mula bertanya tadi naik ke pentang dan mengawal segalanya.

“Apakah ini kerana wang.” Tambahnya lagi.
“Atau kerana agenda tersembunyi.” Sayu dia berkata-kata.

“Atau kerana kita semua ini bodoh dan sekian lama kita benarkan kita dibodohkan.” Tepat matanya memandang penonton.

Dia terus berkata. Semua penonton mula berdiri. Mereka sudah bangun dari kebodohan yang membelenggu selama ini. Agen Lim King Day ditelanjangkan dalam satu majlis ilmu. Sahibul FB akan diingat sebagai pembawa agenda jahat kepada negara.

Nun dari jauh, Lim King Day semakin kusut masai. Semakin pening. Semua usahanya tidak menjadi. Semua taktik liciknya patah dan terbengkalai. Namun sebagai bekal tentera komunis, Lim King Day tidak akan mengenal erti putus asa.

Dalam mindanya dia masih percaya Melayu ini bangsa bangsat yang bodoh dungu. Dia telah buktikan pada tahun 69 dulu. Dia gunakan taktik yang sama sekarang. Terbukti, kebodohan dan dungunya Melayu masih sama.

Lim King Day tersenyum sendiri…


Bersambung…..

No comments: