Search This Blog

Friday, July 10, 2015

POLYTIKUS BERKOPIAH USANG 15

Maka penggambaran untuk dua dewi baru Lim King Day pun bermula. Rini membawa watak pemimpin muda wanita Melayu yang berjuang untuk kebebasan. Rini dibentuk melalui kebebasan tanpa batasan. Rini dilatih untuk menjadi wanita yang melayani nikmat dunia. Melayan nikmat sepuas-puasnya. Tiket Rini adalah kebebasan hak manusia.

"Ok..action." Jerit Lim King Day.
Action pada Rini adalah petanda kebesan bermula. Bebas untuk Rini meniduri sesiapa yang disukainya. Bebas menjerit. Bebas untuk Rini melampiaskan nafsu jalangnya. Bebas melakukan apa sahaja.

Rini amat gembira. Dalam setiap babak, Lim King Day akan bekalkan Rini apa sahaja untuk menggambarkan Rini adalah pejuang kebebsan yang sebenarnya.

"Dalam ini babak, wa mau Lu pakai ini two pises bikini. Naik atas ini katil. Nanti Mat masuk, lu dua olang lomen manyak kuat tau." Arah Lim King Day. Rini seakan hilang selera melihat Mohd Sabar. Sementara Mohd Sabar meloncat-loncat gembira.

Babak tersebut pun berjalan begitu mudah. Mohd Sabar bukan sekali melakukannya, malah berkali-kali. Ada masanya Mohd Sabar melakukan dengan pengikut fanatiknya. Mudah sahaja ayat Mohd Sabar, kita buat, lepas itu kita bertaubat. kan Allah Maha Penerima Taubat. Dengan ayat itu sahaja Mohd Sabar telah puas melampiaskan nafsunya walaupun di negeri yang dikuasai oleh lebai-lebai kayu.

"Lorna lu masuk..ingat lu punya watak." Arah Lim King Day kepada Lorna.

Lorna pun masuk menjadi isteri yang setia. Menghidang makanan di dalam dulang. Kemudian Lorna makan bersama beberapa tetamu Mohd Sabar dan Rini. Ada yang berjumah. Ada yang kafir harbi. Ada wanita moden dan ada segala macam manusia,

Semuanya jamah makanan Lorna yang dihidangkan dalam talam. Pada Lim King Day babak tersebut sangat Islamik. Semua lelaki diminta pakai kopiah tanpa mengira agama. Sangat Islamik. Lim King Day percaya, orang Melayu amat suka melihat apabila orang kafir menghargai cara hidup mereka.

Siri ini selesai. Tanyangan pun bermula. Sekali lagi Lim King Day kecewa. Tiada penonton yang terpegun. Hanya golongan pendidik dan golongan yang kecewa dalam panggung bersungguh-sungguh memuji siri tersebut. Sementara golongan yang berakal mula berfikir tentang kekarutan lakonlayar ciptaan Lim King Day.

Bersambung..

No comments: