Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

POLYTIKUS BERKOPIAH USANG 16

Pening kepala Lim King Day dan Junior. Semua usaha mereka untuk menikkan rating siri drama politik ini samakin gagal. Malah, kumpulan Mohd Sabar semakin terpinggir dalam masyarakat Melayu. Lim King Day bimbang gagal membayar hutang yang diambilnya dari negara Jiran Selatan. Hutang itu perlu dibayar jika dia menang dalam festival drama politik akan datang.

Apabila rating semakin merudum, jiwa Lim King Day semakin usang. Pelakon-pelakon asal mula berbalah dengan pelakon-pelakon baru. Puncanya bayaran yang tidak setimpal. Lokasi penggambaran pula semakin tidak menarik.

Lim King Day dan Junior duduk berbincang. Mereka mahu mencari idea yang lebih bernas. Mahu menyerang ekonomi. Mereka mahu skrip yang sangat sarat dengan fitnah. Caranya mudah, cari satu watak penting, kaji semua kelemahannya, dan lancarkan fitnah.

Untuk penggambaran ini, Lim King Day mahu semua pelakonnya hadir. Semua pelakonnya mesti dikumpul serentak. Semuanya tidak boleh gagal. Siri kali ini akan menentukan hidup mati siri drama Lim King Day kali ini.

Dia mahu buat penggambaran di satu lokasi yang sangat berbeza. Di Laut Cina Selatan. Sewa sebuah kapal murah. rakan-rakannya pasti akan menolong. Sewa krew yang murah. Hidang makanan yang murah. Jamu minuman yang murah. Hiaskan semuanya sepaya nampak mahal. Lim King Day percaya semua orang akan percaya itu satu kemewahan.

Dia mahu berlepas dari Serambi Mekah. Dia mahu semua orang percaya yang siri tersebut masih meletakkan Islam sebagai tonggak negara dan perjuangannya. Maka, hotel juga perlu disewa. Sewa hotel murah yang dekat pelabuhan. Cari alasan yang terbaik. Maka, semua orang percaya dialah yang paling bijak menguruskan sebuah produksi drama politik.

Jam 2.00 petang semua pelakon, kru dan pasukan penerbit bersedia.

"Ok, semua masuk kapal." Arah junior.
"Kita jalan dalam 2 jam, sampai tengah laut kita shoot itu delama." Arah Junior lagi.

Hatinya penuh berbunga. Pasti siri kali ini akan meletop. Dia pasti akan berjaya dalam festival 2017. Dia senyum sendiri.

Bersambung.....esok siri akhir

No comments: