Search This Blog

Monday, July 13, 2015

POLYTIKUS BERKOPIAH USANG - AKHIR

Kapal mula bergerak meninggalkan pelabuhan Tok Bali. Kesemua krew dan penumpang kelihatan gembira. Lim King Day memasang 7 buah kamera. Shoot kali ini dibuat secara impromto dan live. Semua tidak akan dilihat seperti sebuah drama. Semuanya akan menjadi sangat ori.

‘Minum semua. Makan semua.” Pelawa Lim King Day. Dihidangnya segala macam arak. Dihidangnya segala macam makanan. Halal dan haram bercampur-campur. Dihidangnya segala macam daging. Segala macam lauh dan segala macam yang ketentuannya juga segala macam.

Kapal semakin bergerak ke tengah laut. Lampu kapal semakin diterangkan. Mohd Sabar  mula lupa wataknya adalah Ust Sohor. Mat Jusoh tak perlu ingat watak YB Culas. Lebai Othman bukan lagi YB Ulamak. Damien Ho juga lupa wataknya sebagai Pasuruhjaya. Lilian Vie sama sahaja dengan Siti Aminah. Sebenarnya pun kaki lucah. 

Wataknya kaki gila seks. Khoo Thiam Pang menjadi Ust Amirul yang dah mula mabuk.  Chin Ah Peng jadi YB Dr. Zain yang meraba pelakon tambahan sana-sini.  Lim Pak Moi jadi Ustazah Arbidah yang sudak tanggalkan tudung, malah kainnya juga. Pelakon tambahan,  dan penampilan khas, Samad Lebai Aziz telah menjadi Ketua Kampung yang hilang pedoman. Semuanya dikuasai oleh air Lim King Day.

Suasana sangat tidak terkawal. Lensa kamera Lim King Day sibuk mencari sasaran. Kadang-kadang tertumpu kepada Lorna dan Mohd Sabar yang sedang berlipat liuk. Kekadang tertumpu kepada Lilien Vie dan Samad lebai Aziz serta beberapa ekstra wanita berpeluk melekat rapat. Berjaya juga Lim King Day membikin siri rosak akhlak yang dia yakin akan melonjakkan rating tontonan.

Kapal semakin jauh kelaut. Semakin larut malam semakin semuanya tidak terkawal. Hamper semua tidak lagi berbaju lengkap. Angin laut pula semakin kencang. Semakin lama semakin kencang. Ombak pula semakin besar. Semakin lama semakin kuat membadai kapal usang Lim King Day.

Lama kelamaan, ombak yang datang lebih besar dari pakal usang tersebut. Bila badai tidak lagi mampu ditahan, ditambah pula, krew dan penumpang hilang akalnya, pastilah ada sesuatu yang akan ditelah gelombang. Sedikit demi sedikit. Akhirnya semua kapal tersebut hilang bersama gelombang. Bersama cita-cita besar Lim King Day yang tidak mendapat reda Allah.


TAMAT

No comments: