Search This Blog

Wednesday, August 5, 2015

1MDB - APA DAN APA 4?


  1. Kali ini saya akan menceritakan apakah sumbangan 1MDB yang dilakukan melalui kaedah CSR. Saya mahu membaca menilai sumbangan ini. Saya juga mahu pembaca mencari kesalahan fakta dalam penulisan saya ini. Dedahkan di bahagian komen dalam blog ini.
  2. Saya mahu semua rakyat Malaysia tahu 1MDB itu apa dan apa? Saya sudah muak dengan data dan fakta yang direkacipta hingga memusnahkan kebaikkan setiap benda yang diwujudkan. Saya sudah bosan dan saya rasa perlu ada sesaorang yang membetulkan keadaan ini.
  3. 1MDB dengan kerjasama bebarapa buah organisasi telah membangunkan semula 48 buah kantin sekolah rendah di Sarawak agar menjadi lebih moden, teratur dan satu lokasi di mana kebersihan sangat terjamin.
  4. Kesemua kantin ini sebenarnya menghidangkan makanan murah yang sangat berkualiti. Malah sepanjang kantin tersebut beroperasi, kesemua kantin tersebut menyediakan makanan hampir 100% percuma. Kantin tersebut kalau dilihat hampir sama settingnya dengan restoran bertaraf sederhana malah lebih indah dari kebanyakkan kedai mamak yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia saban hari.
  5. Tahukah anda bagaimana rungutan guru untuk mengendalikan aktiviti sekolah. Kebanyakkannya merungut mengenai dana PIBG yang kecil nilainya. 1MDB mempunyai peruntukan khas untuk mengatasi masalah ini. Ribuan sekolah telah dibantu. Apa kata anda berhenti mengkritik 1MDB sebaliknya hubungi 1MDB dan mohon dana PIBG ini. Anda sendiri akan lihat kebenaran fakta ini.
  6. Apakah anda mempunyai anak yang bersekolah di sekolah agama rakyat? Anak anda pula ingin menyambung pelajaran dalam jurusan perubatan, pergigian dan farmasi? Anda perlu tahu, jika tempat telah ditawarkan kepada anak anda, 1MDB akan menyediakan dana biasiswa untuk anak anda. Mohon. Anda pasti terkejut dengan jawapan daripada pengurusan 1MDB. Ratusan yang layak telah mendapat manfaat ini. Anda mungkin salah seorang daripada statistik tersebut.
  7. Jika anda bukan Islam, anda juga rakyat Malaysia. Pada 1MDB anda tetap layak dibantu. Tahukah anda 1MDB melalui Dong Jiao Zhong dan Huaren Education Faundation memperuntukkan dana untuk membantu golongan ini. Anda tahu berapa ramai yang telah dibantu untuk lulus UEC melalui dana ini? Anda boleh tanya kedua-dua pertubuhan berkenaan. Jika saya katakan, anda pasti tidak akan percaya. Betulkan?
  8. Apa pula masyarakat India dapat? 1MDB adalah rakan kepada Sri Murugan Centre atau SMC. Dana ini akan memberi biasiswa kepada pelajar India cemerlang dalam SPM dan STPM untuk menyambung pelajaran ke Universiti. Apa...berapa yang dapat...tanyalah SMC...fikirkan, mengapa masyarakat India menyanjung 1MDB?
  9. Itu sahaja? Sedikit kan. Bukan..ada banyak lagi. Namun kali ini saya hanya fokuskan dalam bidang pendidikan. Saya percaya negara hanya boleh maju jika rakyatnya berpendidikan. Berpelajaran atau mencintai ilmu. Tun Razak memulakannnya. Saya adalah salah seorang warganegara yang diubah melalui pendidikan. 
  10. Namun, saya seorang tidak cukup. Semakin ramai warganegara seperti saya, maka negara mudah untuk menjadi semakin maju. Saya bukan menyokong 1MDB, saya hanya mahu 1MDB dilihat dengan adil. Fitnah 1MDB diberhentikan. Mungkin ramai lagi yang memerlukan bantuan 1MDB. Pecayalah fitnah ini akan menyebabkan mereka yang menanti akan terus menanti. Fikirkanlah...
Bersambung...

2 comments:

Zamri Zain said...

Sungguh menarik...keep it up Dr.Zainal

drzainal said...

Ramai yang memilih untuk menolak fakta sebaliknya lebih suka menerima cerita. Segalanya terpulang kepada kita. Kalau kita mendapat fakta, kita olah menjadi berita. Kalau kita mendapat cerita, kita oleh menjadi auta. Segalanya bergantung kepada minda.