Search This Blog

Monday, September 21, 2015

LEADER Vs HERO 4


  1. Lama saya tidak menulis. Saya minta maaf. Sebabnya adalah saya bertukar organisasi. Sebelum ini saya menjaga organisasi yang mengurus perkara global. Sekarang saya menjaga organisasi yang dekat di hati rakyat. usah risau, saya tetap sama.
  2. Kita telah mula melihat pola perubahan pemikiran rakyat terutamanya orang Melayu. Bangsa kita mula mengenal siapakah Hero dan Siapakah pemimpin. Perubahan ini merubah landskap politik negara.
  3. Hari ini politik didokong oleh rakyat. Kuasa mendesak rakyat begitu besar. Maka, banyak parti politik yang tidak bertanggungjawab cuba menguasai minda dan perasaan rakyat untuk meningkatkan kuasa mendesak ini.
  4. Pada peringkat awal, parti sebegini akan menjadi Hero. Mereka akan bertindak sebagai Hero. mendedahkan itu dan ini. Jika perkara yang didedahkan tidak benar, mereka akan gunakan kuasa media sosial sehingga perkara tersebut nampak benar.
  5. Sensitiviti rakyat akan terkacau. Rakyat yang dulu menjadi pengikut setia berubah menjadi peminat yang fanatik. maka wujudkan ahli politik yang MAKSUM. Dimaksumkan oleh peminat mereka.
  6. Apabila ini terjadi, kederhakaan politik semakin terserlah. Hero akan terus berkarya dengan menggunakan minda dan jiwa peminatnya. Negara akan kacau. Bangsa akan berkecamuk. Bangsa asal dan bangsa pendatang menjadi sukar untuk dibeza.
  7. Tapi benar, hakikat akan membunuh makrifat. Hero mustahil untuk memimpin negara. Peminat mustahil untuk fanatik selamanya. Hero diakhir mana-mana cerita akan lari meninggalkan peminatnya.
  8. Perhimpunan MERAH menceritakan segalanya. Apabila kebenaran terserlah, hero akan jadi manusia paling durjana kepada bangsa dan negara.
  9. Rakyat mula menggunakan akal mereka. Rakyat mula menghargai kurniaan Allah yang paling bermakna ini. Bermula dengan penuntut Universiti, pembangkang ditolak secara total. Maksud yang ingin disampaikan, fitnah bukan cara untuk memerintah negara.
  10. Pun begitu, masih ada satu dua nama besar yang terus menjadi peminat hero. Usah bimbang. Mereka ini sudah lanjut usia. Kuasa berfikir mereka mula lemah. Jarak mereka dengan hambusan nafas akhir semakin dekat. Jadi, usah hiraukan mereka. perca pun tidak. Menghina pun jangan. Biarkan mereka kembali nanti dengan aman.

No comments: