Search This Blog

Thursday, November 12, 2015

DUNIA BARU


  1. Setelah hampir dua bulan berada di dalam dunia baru ini, saya merasakan saya semakin mengerti keperluan dan persediaan yang diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar ini.
  2. Langkah pertama saya adalah untuk memahami budaya yang menjadi amalan di sini. Tak kira setakat mana benarnya budaya tersebut, saya perlu memahami dan melihat mengapa budaya itu berlaku di sini.
  3. Mengamalkannya adalah perkara yang berlainan. Selama ini saya akan mengamalkan budaya yang akan membawa makna kepada organisasi. Makna tersebut pula hendaklah membantu dalam pembentukan negara bangsa.
  4. Amalan rakan-rakan saya di sini akan membantu saya untuk mendapatkan lebih pendengar dan penonton untuk semua produk yang kami jual. Sudah tentulah, budaya kerja yang bakal kami amalkan akan menjadi sebahagian besar kepada penyumbang kepuasa pelanggan kami.
  5. Pasukan tetap penting. Kerja sepasukan akan membuatkan semua perancangan berjalan lancar. Untuk menjayakan kerja sepasukan, komunikasi kena ditingkatkan. Kegagalan mengamalkan komunikasi berkesan akan menggagalkan seluruh kerja sepasukan.
  6. Kekuatan sesebuah pasukan pula adalah setara dengan anggota yang paling lemah dalam pasukan tersebut. Jadi setiap anggota pasukan perlu disetarakan kekuatan mereka. 
  7. Setiap ahli mesti mempunyai kekuatan yang hampir sama peratusannya. Bidangnya pula mestilah tidak sama. sebagai contoh Ahli A kuat dalam analisis. Ahli B pula mesti kuat dalam aplikasi. Kekuatan mereka pula mestilah berada pada sekitar 85%.
  8. Isunya untuk mengukur kekuatan setiap ahli. Pengukuran mesti adil. Pengukuran sepatutnya mengikut gred kakitangan. Semakin tinggi gred ahli pasukan, maka semakin banyak variabel yang akan menjadi penentu ukur.
  9. Apa pun perubahan tetap diperlukan dalam mana-mana organisasi. Perubahan perlu bersambung dari suatu masa ke suatu masa. Perubahan tidak boleh berhenti. 
  10. Pada saya mudah, perubahan hanya ada titik mula, di mana perubahan terhenti, maka di situlah kesilapan bermula. Apabila ada kesilapan, pasti ada kegagalan. Kegagalan memerlukan masa dan kos yang tinggi untuk dibetulkan. Kos untuk membetulkan kesilapan, jauh lebih tinggi daripada kos untuk membina perubahan. Fikirkanlah.

2 comments:

Zamri Zain said...

Satu cita cita yg berinovasi Dr...syabas berada di pejabat yg baru sudah tentu ade byk kelainan. Team work adalah amat penting dari Management level, Supervisory dan hands sepatut mempunyai Dreams yg sama kearah kejayaan. TQ.

drzainal said...

Tq Tuan Zamri. Cabaran adalah lumrah kehidupan, apabila cabaran terhenti, hidup ini akan hilang erti.