Search This Blog

Monday, March 7, 2016

MASYARAKAT MEDIA BARU 2


  1. Saya tidak pernah terkejut dengan tindakan Tun M untuk keluar daripada UMNO. Ini bukan kali pertama beliau berbuat demikian. Kali pertama pada tahun 1969, kemudian pada tahun 2006 dan kali ini pada tahun 2016. 
  2. Pada tahun 1696 sebaik sahaja dikeluarkan daripada UMNO beliau menyertai PAS. Beliau menjelajah bersama PAS ke seluruh negara berkempen untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman. Padahal, Tunkulah yang memerdekakan Malaysia. Dan Tunku meletak jawatan sebagai PM. Tun Abdul Razak dipilih sebagai pengganti. Tun M berjaya.
  3. Pada tahun 2006, Tun M sekali lagi meletak jawatan. Alasannya menantu Pak Lah. Pada saya Pak Lah 1000 kali lebih baik daripada Tun M. Kesungguhan Pak Lah mengurangkan hutang luar dan dalam negara ciptaan Tun M begitu nyata. Magisnya, Pak Lah berjaya mengurangkan hampir 30% hutang negara ketika itu. Pak Lah juga meletak jawatan. Tun M menang lagi.
  4. Kemudian DS Najib dipilih. DS Najis mempunyai pendekatan yang sangat berbeza. Beliau mengamalkan pendekatan membina kebaikkan kepada rakyat. Kemudian baru kepada negara. Maka, monopoli ekonomi dipecahkan. Tiada lagi taikun gula, taikun tepung, taikun hartanah, dan pelbagai taikun lagi.
  5. Apabila semua taikun terhapus, DS Najib memulakan langkah kedua. Membina negara. Untuk membina negara, DS Najib perlukan wang yang banyak. Maka beberapa subsidi dihapuskan. Bermula dengan gula, kemudian minyak, dan akan ada beberapa subsidi lain yang akan dihapus.
  6. Apabila subsidi hapus dan monopoli dipecahkan, kenaikkan harga barang akan menjadi seimbang dengan pendapatan rakyat. Maka, saya yakin DS Najib telah dengan bijak melaksanakan pelan strategiknya. 
  7. Apakah langkah ketiga DS Najib? Saya percaya langkah ketiga DS Najib adalah memperkukuhkan UMNO dan BN. Pengukuhan parti tidak boleh menggunakan wang negara. Maka saya sangat percaya dana yang diterima oleh DS Najib adalah untuk partinya. Saya sungguh hairan jika ada orang parti yang mempertikai dana ini. Orang politik tetap orang politik. Dalam memperkukuhkan parti, bakat akan dinaikkan, dan musuh akan disingkir. Kita boleh lihat beberapa bakat diangkat sebagai menteri dan timbalan menteri. Beberapa orang musuh juga disingkirkan.
  8. Kaedah penyingkiran DS Najib pula bukanlah secara drastik. Sangat berbeza dengan cara Tun M. DS Najib hanya menggantung keahlian untuk memberi peluang kedua. Apabila yang disingkir merasakan dia sebenarnya perosak politik, kumpulan ini akan terus menjadi dalang parti. Maka, DS Najib telah membuktikan penyingkiran itu adalah satu keperluan.
  9. Tun M merasakan banyak tindakan bijak dan langkah bijak telah dilaksanakan oleh DS Najib. Tun M telah merangka pelbagai strategi serangan atas nama seorang negarawan. Kesemua tindakan Tun M tidak menampakkan hasil yang positif. Serangan daripada dalam tidak berkesan menunjukkan UMNO ketika ini begitu kukuh. Maka, langkah terakhir adalah melakukan serangan dari luar secara liar.
  10. Pembaca sekalian. Penulisan ini juga dibuat di media baru yang bernama blog. Namun, saya berfikir dan mengkaji semua fakta sebelum menghasilkan penulisan ini. Saya meramalkan, Tun M akan gagal pada kali ini dan beliau akan terus kekal sebagai pembangkang sehingga akhir hayatnya. Saya juga mahu lihat, Tun M bertanding di mana-mana kerusi pembangkang pada PRU akan datang. Beliau seorang negarawan....biar nanti matinya boleh kita kenang.

No comments: