Search This Blog

Monday, November 7, 2016

TV PILIHAN RAKYAT MALAYSIA


  1. Bila berada di ruang tamu rumah kita, selalunya kita akan menonton bersama TV bersama. Hari ini Malaysia mempunyai puluhan saluran TV. Ada TV berbayar dan ada TV percuma.
  2. Nilai TV percuma selalunya kita bandingkan dengan produk yang ditayangkan di kaca TV itu sendiri. Rancangan pula akan terganggu dengan iklan demi iklan.
  3. Tapi itulah sebenarnya nilai program tersebut. Semakin banyak iklan, semakin tinggi nilai program yang ditayangkan di Stesen TV percuma.
  4. Apabila TV tersebut percuma, nilai program  tersebut juga berkurangan di persepsi penontonnya. Rancangan yang hebat akan menjadi tidak hebat kerana dihidangkan secara percuma.
  5. Sebaliknya stesen TV berbayar mencipta nilainya yang tersendiri. Apabila penonton membayar lebih RM100 sebulan, maksudnya penonton membayar lebih daripada RM3 sehari. Dengan masa yang terluang antara 3 hingga 4 jam, harga tontotan tersebut menjadi RM1 sejam.
  6. Persepsinya amatlah rugi jika dibayar tetapi tidak ditonton. Tanpa kita sedar, dalam membayar, kita juga terpaksa iklan demi iklan yang kadang kala mengganggu perjalanan program yang kita tonton.
  7. Obligasi syarikat TV berbayar pula hanya untuk menghiburkan penonton. Maka semua rancangan perpaksi hiburan semata-mata. Nilai maklumat dan ilmu sangat minima.
  8. Kita terus tersaji dengan komedi demi komedi. Program berformat yang mengikat masa kita dan pelbagai program realiti yang sebenarnya memenuhi ruangan angan-angan kita sebagai manusia dihimpit kesibukan dalam mengejar kemajuan.
  9. Penonton terus terlupa untuk mencari data dan fakta yang penting dalam kehidupan. Rancangan bual bicara ilmiah dan berita terus dilupakan. Begitu mudah, hanya tekan butang pada alat kawalan jauh, maka kebenaran terus menjauh.
  10. Maka, saya terus ingin bertanya, apa yang rakyat Malaysia perlukan melalui TV hari ini. Berikan komen ada seperti berikut:
A. HUBURAN
B. KEBENARAN
C. BERITA TEPAT
D. KOMEDI
E. RANCANGAN REALITI



No comments: