Search This Blog

Sunday, November 13, 2016

ANTARA DJ DAN RADIO


  1. Jika kita hanya mahu mendengar lagu, maka kita akan memilih CD atau terus ke YouTube. Sebaiknya kita terus mendengar radio. 
  2. Begitu juga jika kita hanya mahukan informasi, kita akan mencari jurnal atau buku-buku ilmiah. Namun, kita mencari informasi dengan mendengar radio.
  3. Radio bukan sekadar platform untuk kita berhibur sebaliknya menjadi platform untuk kita mencari informasi dengan cara yang paling menghiburkan.
  4. Di sini peranan DJ sangat relevan. DJ akan mencari info terkini, paling dikehendaki ramai dan paling praktikal untuk didengar. Dalam masa yang sama, memori info tadi dikukuhkan dengan lagu yang tepat.
  5. Selalunya info tersebut akan diikat dalam ingatan kita bersama lagu yang dimainkan. Apabila sahaja kita mendengar lagu tersebut, maka info yang kita dengar tadi akan terus bermain dalam kotak fikiran kita.
  6. DJ pula hari ini mempunyai pengikutnya yang tersediri dalam akaun media sosial DJ tersebut. DJ semakin bijak untuk menambak pengikut dan peminatnya. Maka, DJ perlahan-lahan akan bertukar daripada seorang penyampai radio kepada selebriti.
  7. Radio swasta selalunya akan terus melantik nama-nama besar sebagai DJ. Johan Raja Lawak contohnya. Radio Era telah menggunakan populariti Johan RL untuk memenangi pendengar di waktu pagi.
  8. Ada pula stesen radio yang mementingkan kualiti penyiarannya. DJ yang bertugas bukan sahaja pandai berceloteh, namun bijak mengadun info dan hiburan. Stesen ini akan perlahan-lahan menambah jumlah pendengarnya.
  9. Jika anda mendengar NasionalFM di 95.3, anda akan dapati pagi anda penuh dengan informasi tanpa meminggirkan nilai hiburan. Anda tetap terhibur sambil mendengar berita terkini dan bersulamkan info yang amat menarik.
  10. Disebelah petang pula, anda mendengar Radio Klasik dalam rancangan ADILA. Anda akan mendapat info dalam bentuk kenangan yang menghiburkan. Anda cuba, kemudian coretkan komen anda di sini.

No comments: