Search This Blog

Wednesday, November 9, 2016

ANTARA TV DAN RADIO


  1. TV dan radio adalah dua media konvensional yang telah lama melengkapi hidup kita puluhan tahun yang lalu. Dari segi sejarah, radio mendahului TV.
  2. Ada orang yang menjadi penggemar setia radio dan ada orang pula yang suka menjadi penonton TV. Ada pula sebahagian daripada kita yang suka pada kedua-duanya. 
  3. Budaya kita mendengar radio dan menonton TV adalah sangat berbeza. Ada program yang sangat sesuai diudarakan di radio dan ada pula program yang menjadi tepat jika bersiaran di kaca TV.
  4. Radio sebenarnya melayan minda dan perasaan. Kerana itu mendengar radio secara bersendirian jauh lebih indah daripada mendengar radio secara kumpulan. Alunan manja suara DJ boleh membuatkan kita membayangkan kesempurnaan wajag DJ tersebut dan peliknya kita sering percaya pada gambaran minda kita itu.
  5. Lagu pula menjadikan siaran radio semakin melankolik. Suara dan lagu yang digabungkan dengan tepat akan menjadikan rancangan radio benar-benar melekat dalam minda dan jiwa pendengar.
  6. Trend hari ini, radio menjadi penyampai informasi yang sama pantas dengan sosial media. Berita dan informasi yang disampaikan melalui radio mudah melekat dalam minda kita. Perkara ini membentuk persepsi baru kepada pendengar radio.
  7. Bayangkan kalau kita memandu tanpa radio dalam kereta. Pastinya perjalanan yang dekat akan menjadi amat membosankan. Ditambah pula dengan kesesakan jalan yang kritikal, kita akan menjadi amat bosan dan kebosanan ini akan terus menyuramkan hari kita.
  8. Radio yang menemani kita memandu pula akan menyampaikan info yang amat kita perlukan. Info kesesakan dan ramalan cuaca. Dalam dunia radio yang interaktif ini, info kesesakan dan cuaca turut disumbangkan oleh pendengar dari serata pelosok negara.
  9. Di antara lagu, celoteh DJ, dan selingan iklan, kita diselitkan pula dengan info-info berguna yang selalunya kita namakan tips. Maka kita akan cuba mengingat tip tersebut. 
  10. Radio bukan lagi menjadi media penghibur, sebaliknya menjadi pelengkap kehidupan manusia hari ini. Dalam segara kesibukan kita, radio selalu ada untuk membuka ruang untuk kita bernafas lega. Ketika memandu, radio apa yang berkumandang dalam kerata anda? KOMEN
Bersambung....

No comments: