Search This Blog

Tuesday, February 7, 2017

PENJAWAT AWAM DI MALAYSIA


  1. Saya agak terkejut apabila membaca satu perkongsian rakan di fb mengenai nisbah penjawat awam di Malaysia berbanding dengan bilangan rakyat Malaysia. Nisbahnya adalah 1:19.
  2. Korea Selatan pula mencatatkan nisbah 1:50, sementara jiran kita, Singapura mencatatkan 1:71 dan Rusia mempunyai nisbah 1:84.
  3. India, China, Jepun dan UK pula mencatat nisbah melebihi seratus iaitu China (1:108), India (1:110), UK (1:118) dan Jepun (1:128).
  4. Secara matematiknya, kekuatan penjawat awam berbanding rakyat bagi Malaysia adalah 5.3%, Korea Selatan (2%), Singapura (1.4%), China (0.93%), India (0.9%), UK (0.85%) dan Jepun (0.78%).
  5. Saya tertarik untuk jelaskan 1:19 ini secara matematik. 1:19 ini dibuat berdasarkan bilangan perjawatan dan bukannya pengisian. Kapasiti pengisian di Malaysia adalah pada tahap 85% sahaja dengan 15% perjawatan tidak diisi.
  6. Dengan mengambil kira pengisian perjawatan ini, maka nisbah sebenar penjawat awam di Malaysia berbanding rakyat Malaysia adalah 1:23.
  7. Bilangan ini masih lagi besar berbanding negara-negara lain. Saya tertarik untuk menghuraikan maksud sebenar 1:23 ini.
  8. Kita andaikan begini, 60% rakyat Malaysia berada di bawah umur 23 tahun, dan 15% rakyat Malaysia melebihi umur 60 tahun. Kedua-dua peringkat umur ini adalah peringkat umur yang belum bekerja dan sudah bersara.
  9. Ertinya, daripada 23 prang rakyat Malaysia, 17 orang adalah sama ada kanak-kanak, remaja, mahasiswa ataupun telah bersara. Yang bekerja berdasarkan kelayakkan umur hanyalah 6 orang. 
  10. Maka nisbah kakitangan awam berbanding nisbah semua pekerja di Malaysia akan menjadi 1:6. Untuk menjadi adil dan mengurangkan faktor andaian, maka saya gunakan penyusaian 20% terhadap semua andaian saya. Maka, nisbah akhir yang paling adil adalah 1:7. 
Huraian seterusnya akan diterangkan dalam siri berikutnya. Komen untuk mezahirkan pendapat anda.

No comments: