Search This Blog

Tuesday, February 7, 2017

PENJAWAT AWAM DI MALAYSIA 2


  1. Apabila kita mengatakan nisbah penjawat awam di Malaysia dengan jumlah rakyat Malaysia adalah 1:19, maka kita sering tertanya berapakah jumlah penjawat awam di Malaysia?
  2. Bernama melaporkan pada 8 Februari 2017, bahawa penduduk Malaysia adalah berjumlah 31.7 juta orang. Ini beerti, jumlah penjawat awam di Malaysia adalah 1,668,842 orang. Untuk memudahkan pengiraan, saya akan katakan penjawat awam di Malaysia berjumlah 1.6 juta orang.
  3. Bolehkah bilangan ini dikurangkan? Okay, kita lihat apa yang dikatakan penjawat awam di Malaysia. Di Malaysia ada 2 golongan penjawat awam iaitu Civil Servant dan Public Servant. 
  4. Public Servant adalah golongan yang berkhidmat secara langsung dengan rakyat iaitu Guru, Pekerja Perubahatan dan Kesihatan, Tentera dan Polis.
  5. Civil Servant adalah kakitangan yang bekerja untuk menjaga kepentingan kerajaan dan negara seperti Imigresen, Kastam, Kakitangan Pentadbiran dan sebagainya.
  6. Selain itu ada juga kakitangan negeri seperti Pejabat Agama, Majlis Agama, Pejabat Daerah, Pejabat Kewangan Negeri dan sebagainya.
  7. Yang terakhir adalah kakitangan kerajaan tempat iaitu pekerja Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, dan Dewan Bandaraya. Ada juga kakitangan badan berkanun yang sistem saraannya tidak dipisahkan seperti MARA dan FINAS.
  8. Guru sahaja berdasarkan portal www.moe.gov.my pada 8 Februari 2017 berjumlah 421,828 orang dengan guru sekolah rendah seramai 239,850 orang dan guru sekolah menengah seramai 181,978 orang. Ramai kan guru!!!!
  9. Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia seperti dalam Wikipedea yang disemak pada 8 Februri 2017 melaporkan Tentera Darat (120,000), Tentera Laut (18,000) dan Tentera Udara (15,000). Kekuatan PDRM pula pada 8 Feb. 2017 adalah seramai 111,450 orang. Jururawat sahaja berjumlah 88,908 dan anggota lain di sektor kesihatan berjumlah 37,729 orang (Berdasarkan perutusan hari jururawat 2016).
  10. Jumlah public servant sahaja adalah 812,915 orang. Golongan ini tidak membawa sebarang hasil kepada negara. Golongan ini dibentuk ikhlas oleh kerajaan untuk membantu rakyat. Yang tinggal hanya 855,927 civil servant untuk kerja-kerja lain atau secara nisbahnya adalah 1:37. 
Mengapa penjawat awam masih seperti kekurangan walaupun pada kadar 1:37. Baca dalam artikel seterusnya nanti. 

No comments: