Search This Blog

Tuesday, February 14, 2017

PENJAWAT AWAM DI MALAYSIA 3


  1. Saya telah terangkan nisbah sebenar penjawat awam di Malaysia adalah 1:37. Dalam nilai nisbah ini, masih banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.
  2. Malah, kerajaan pula memperkenalkan UTC yang turut menempatkan agensi kerajaan yang masih perlu beroperasi pada hari minggu dan ada kalanya pada hari cuti umum. Semuanya menjelaskan bahawa memang bilangan penjawat awam hari ini seperti masih belum mencukupi.
  3. Apakah ada agensi yang melakukan pertindihan kerja? Jawapannya memang ada. Saya akan huraikan satu demi satu pertindihan kerja yang sememangnya boleh dikurangkan.
  4. Pengurusan keselamatan dan undang-undang jalan raya di Malaysia. Pengurusan ini melibatkan pertindihan yang paling serius. Dalam pelbagai agensi yang membuat penguatkuasaan undang-undang ke atas pengguna jalan raya dan pemilik kenderaan ini, statistik kemalangan dan kemalangan maut terus meningkat.
  5. Kita ada JPJ yang menguruskan lesen, cukai jalan, pendaftaran kenderaan, pendaftaran kenderaan perdagangan, pematuhan akta jalanraya dan pengurusan sekolah memandu. Saya tidak mempunyai data mengenai bilangan kakitangan JPJ ini, namun anggaran saya ada hampir 20 ribu kakitangan berdasarkan bilangan pejabat dan pejabat cawangan. 
  6. Kita juga ada JKJR yang hanya mengendalikan kempen keselamatan jalanraya. Nyata sekali dengan pelbagai kempen, statistik kemalangan terus dan terus meningkat. Dianggarkan ada dalam lingkungan 3000 kakitangan JKJR yang hanya menguruskan kempen keselamatan jalanraya.
  7. Kita juga ada polis trafik yang lebih menyerlah dalam membuat sekatan jalanraya dan kawalan lalu lintas. Dianggarkan 10% daripada kekuatan PDRM disalurkan kepada Bahagian Trafik. Jumlahnya melebihi 10 ribu anggota.
  8. Majlis perbandaran juga ingin memainkan peranannya. Pun begitu mereka lebih menyerlah untuk menghulurkan saman kesalahan parkir yang sebenarnya tidak menyumbang langsung kepada kemalangan jalanraya. Jika, sebuah majlis perbandaran meletakkan 30 anggota untuk saman parkir, Malaysia perlukan hampir 1500 orang pengawas jalanraya tambahan.
  9. Sebenarnya kita hanya perlukan anggota JPJ untuk menguruskan keselamatan pengguna jalanraya di Malaysia secara total. Kita hanya perlukan dalam lingkungan 15 ribu anggota. Namun amalan kini memerlukan kita membazirkan 14,500 anggota untuk melakukan perkara yang sama yang sebenarnya adalah tidak perlu. 
  10. Pandangan saya, 14,500 orang ini boleh dikurangkan daripada menjadi penjawat awam. Maka, nisbah penjawat awam berbanding rakyat Malaysia akan menjadi 1:38

Apa lagi yang bertindih....nantikan siri 4!!!!

No comments: