Search This Blog

Sunday, February 19, 2017

PENJAWAT AWAM DI MALAYSIA 4


  1. Apabila KSN menegaskan tidak akan ada pengurangan dalam jumlah penjawat awam, ramai yang menarik nafas lega. Saya juga amat bangga dengan keberanian kenyataan KSN ini. Satu pernyataan yang sangat benari daripada orang nombor 1 dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Terima kasih YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa.
  2. Sebagai penjawat awam saya bersetuju dengan dengan kenyataan KSN. Namun, ada beberapa perkara yang terus boleh dibincangkan. Antara yang menarik minat saya adalah penswastaan beberapa buah agensi awam yang beroptensi.
  3. Satu ketika dulu kita sangat berjaya mengswastakan beberapa buah agensi awam. Projek ini menghasilkan TNB, Telekom, beberapa syarikat pengurusan air, dan yang paling penting adalah melahirkan Lembaga Hasil dalam Negeri.
  4. Saya tidak tertarik dengan pengurangan jumlah penjawat awam. Saya lebih tertarik mengenai perubahan budaya kerja agensi awam yang telah diswastakan tersebut. Kecekapan dan service deliverynya nyata berubah hampir 360 darjah.
  5. Kita sendiri boleh merasa denyut perubahan budaya kerja ini. Kepantasan teknologi jalur lebar diurus dengan baik oleh Telekom. Keperluan tenaga eletrik dan air bersih meliputi hampir seluruh Malaysia. Dan yang lebih penting, LHDN berjaya meningkatkan pendapatan negara melalui kutipan cukai langsung.
  6. Kesemua organisasi ini berubah dari segi customer orientationnya. Rakyat yang berurusan dengan syarikat ini, akan dilayan dengan segera. Keputusan akan diberikan segera. Yes or No. Tidak ada tindakan yang KIV. 
  7. Kemudian agensi yang diswastakan ini dihentikan. Tidak ada lagi agensi yang dirancang untuk diswastakan. Sebenarnya, ada beberapa buah agensi yang boleh diswastakan lagi di Malaysia. 
  8. Saya mahu penswastaan ini meningkatkan produktiviti bukannya bertujuan untuk mengurangkan penjawat awam. Jika tujuannya hanya untuk mengurangkan penjawat awam, maka tindakan ini hanyalah tindakan yang sia-sia. 
  9. Saya merasakan jabatan yang sangat berpotensi untuk diswastakan adalah jabatan yang mempunyai produk langsung dengan rakyat dan mempunyai ruang untuk menjana pendapatan sendiri. Antaranya agensi penyiaran, pusat latihan, dan badan-badan berkanun. 
  10. Untuk memudahkan proses penswastaan, arahan untuk penswastaan sepatutnya datang daripada agensi yang tepat seperti EPU dan UKAS bukannya agensi yang berkenaan mengemukakan kertas cadangan untuk pertimbangan kabinet. Kita gunakan kembali kaedah dulu yang telah terbukti berkesan membangunkan ekonomi negara. Kalau dapat kita swastakan semua agensi berkenaan, nisbah penjawat awam di Malaysia akan menjadi sekurang-kurangnya 1:50 atau lebih daripada apa yang kita jangkakan. 
Apa lagi tentang penjawat awam di Malaysia....tunggu siri 5

No comments: