Search This Blog

Tuesday, February 21, 2017

PENJAWAT AWAM DI MALAYSIA 5


  1. Ramai yang menyambut baik kenyataan Tan Sri KSN apabila beliau menegaskan jumlah penjawat awam tidak akan dikurangkan. Saya juga bagi pihak rakyat Malaysia merakamkan jutaan penghargaan kepada Tan Sri KSN.
  2. Pada saya ada elemen ketegasan dalam pernyataan tersebut. Sesuai dan sangat berkredibel sebagai pemimpin utama sektor awam di negara ini.
  3. Kenyataan itu jika difikirkan membawa dua maksud yang mudah. Pertama, bilangan penjawat awam akan kekal pada jumlah 1.6 juta orang dari segi perjawatannya. Ini bermakna, nisbah 1:19 di antara penjawat awam dan rakyat akan kekal.
  4. Kedua, bilangan penjawat awam tidak akan ditambah. Bilangan perjawatan akan dikawal pada jumlah 1.6 juta perjawatan. Apabila bilangan rakyat bertambah, nisbah ini akan kembali mengecil.
  5. Jika kita unjurkan rakyat akan bertambah kepada 64 juta orang pada tahun 2050 (TN50), maka nisbah penjawat awam berbanding rakyat akan menjadi 1:38. Satu nisbah yang sangat sesuai untuk sebuah negara yang pesat membangun.
  6. Maka, semua penjawat awam perlu menjadi rasional mulai hari ini. Alasan tugasan tidak dapat diselesaikan mengikut jadual kerana kekurangan kakitangan tidak boleh diterima sepenuhnya. 
  7. Secara ekstremnya, tidak ada sebarang alasan boleh dikemukakan sekiranya ada tugasan yang tertangguh. Bilangan penjawat awam telah ramai, malah ada yang mendakwa terlalu ramai, dan ini tidak memungkinkan ada tugasan yang tidak selesai.
  8. Alasan kekurangan bajet juga menjadi tidak laku. Pengawalan bajet melalui kaedah pengoptomum sumber kewangan sebenarnya amat berkesan dalam menyelesaikan semua tugasan dalam sektor awam.
  9. Agensi mula memberi tumpuan kepada tugasan berdasarkan kepentingan negara dan jabatan. Banyak tugasan hiliran mula dipinggirkan.
  10. Justeru, bilangan, nisbah, kreativiti, inovasi dan kalaborasi perlu bergerak dalam satu bulatan yang sama untuk penjawat awam terus menyumbang kepada pembangunan negara. 
Benarkan penjawat awam berkhidmat kepada 32 juta rakyat? Siri 6 akan mengupas persoalan tersebut.

No comments: