Search This Blog

Thursday, February 23, 2017

PENJAWAT AWAM DI MALAYSIA 6


  1. Dalam mana-mana negara tidak pernah wujud penjawat awam yang hanya berkhidmat untuk warganegara atau rakyat negara tersebut semata-mata. Begitu juga dengan Malaysia. Penjawat awam di Malaysia bukan sahaja berkhidmat untuk rakyat tetapi untuk setiap orang yang berada di Malaysia setiap hari.
  2. Selain daripada rakyat, pekerja asing juga memerlukan khidmat daripada penjawat awam di Malaysia. Ada dua jenis pekerja asing; dengan izin dan tanpa izin. Bagi pekerja asing dengan izin sahaja, jumlahnya pada tahun 2016 adalah seramai 2.1 juta orang.
  3. Dalam mana-mana negara, memang tidak pernah wujud data tepat mengenai pendatang asing dengan izin ini. Sebagai negara maritim, saya anggarkan jumlah pendatang asing tanpa izin ini adalah juga 2.1 juta orang. Maka, jumlah pekerja asing sahaja di Malaysia ini adalah seramai 4.2 juta orang.
  4. Pelancong juga memerlukan khidmat penjawat awam. Pada tahun 2016, jumlah pelancong yang datang ke Malaysia adalah seramai 30.6 juta orang. Dianggarkan tempoh minima pelancong berada di Malaysia adalah seminggu.
  5. Ini beerti, jumlah pelancong harian yang berada di Malaysia adalah hampir 500 ribu orang. Mereka ini juga sangat memerlukan perkhidmatan penjawat awam sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
  6. Golongan ketiga adalah pelajar asing yang belajar di IPTA/IPTS di Malaysia. Pada tahun 2016 sahaja, seramai 140,520 orang pelajar asing berdaftar untuk belajar di Malaysia. Pelajar ini secara minima akan menetap selama 5 tahun di Malaysia.
  7. Ertinya dalam satu-satu masa, terdapat hampir 702,100 orang pelajar asing di Malaysia. Untuk memudahkan pengiraan, kita bundarkan kepada 700 ribu.
  8. Jika penduduk Malaysia adalah 32 juta, pekerja asing adalah 4.2 juta, pelancong harian adalah 0.5 juta, dan pelajar asing adalah 0.7 juta, jumlah penduduk di Malaysia dalam satu-satu masa akan berjumlah 37.4 juta orang.
  9. Jumlah perjawatan penjawat awam masih kekal pada 1.6 juta. Jika dikira secara nisbah, maka nisbahnya bukan lagi 1:19, sebaliknya adalah 1:23.4.
  10. Jika ditolak pula guru, polis, tentera dan sektor kesihatan, maka nisbahnya akan menjadi 1:62.3. Saya tidak mahu membuat kesimpulan. Saya yakin, pembaca semua memang ada kesimpulan sendiri.
PENJAWAT AWAM DI MALAYSIA - AKHIR. Nantikan minggu depan.

No comments: