Search This Blog

Sunday, December 30, 2018

2018 PERGI DAN 2019 MENJELMA: APA HARAPAN RAKYAT MALAYSIA


  1. Saya percaya tidak ramai rakyat Malaysia yang turun bertugas pada penghujung 2018 ini. Pelbagai persediaan perlu dilakukan terutama sekali persediaan persekolahan anak-anak menjelang 2019. 
  2. Banyak sejarah tercipta pada 2018. Sejarah tersebar adalah tumbangnya kerajaan BN yang telah mentadbir Malaysia selama 61 tahun. Sebagai rakyat Malaysia, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan yang telah membawa perubahan besar kepada Malaysia sejak merdeka sehingga 2018.
  3. Tahniah pula kepada PH yang berjaya mengambil alik pentadbiran negara. Fenomena ini jelas menunjukkan suara dan kuasa rakyat mengatasi segala-galanya. Apabila pentadbiran dibenci rakyat, maka bertukarlah sebuah kerajaan.
  4. Bagi negara-negara lain pertukaran kerajaan telah menjadi satu kebiasaan. Ada negara seperti Indonesia, akan sentiasa bertukar kerajaan setiap kali ada pilihanraya umum. Malah parti Golkar dokongan Sukarno telah lama berkubur.
  5. Begitu juga dengan Filipina dan Thailand. Kerajaan dan PM sentiasa bertukar-tukar. Negara-negara tersebut terus membangun. Jelas ini membuktikan kuasa sebenar pembangunan negara terletak pada suara dan kuasa rakyat.
  6. Di Malaysia ini adalah pertama kali berlaku. Kita belum dapat melihat kesannya. Setakat ini tiada sebarang perubahan besar berlaku. Malaysia terus bergerak ke depan. 
  7. Sebagai seorang rakyat saya amat berharap politiking berhenti selepas kerajaan dibentuk. Barisan kabinet terus bekerja untuk memajukan pemikiran rakyat. terus untuk membentuk rakyat minda kelas pertama.
  8. Pada saya cukuplah pembangunan fizikal yang ada di Malaysia. Malaysia sudah maju. yang perlu dilakukan sekarang adalah untuk memajukan fikiran rakyat. Bentuklah rakyat yang berpegang kepada ketamadunan fikiran sebenar. Rakyat yang mengamalkan cara hidup yang setara dengan rakyat negara maju.
  9. Saya impikan rakyat yang maju fikirannya. Rakyat yang sentiasa berfikir untuk menyumbang kepada tamadun Malaysia. Rakyat yang malu menerima subsidi. Rakyat yang membetulkan kerajaan bukan hanya rakyat yang sekadar mencari kesalahan kerajaan. Semoga nanti Malaysia akan melahirkan rakyat yang berjiwa besar.
  10. Selamat tinggal 2018 dan selamat datang 2019. Semoga kita berubah menjadi rakyat minda kelas pertama. Selamat tahun baru kepada semua pembaca setia blog ini. 

No comments: