- Selamat tahun baru semua pembaca setia. Saya doakan kalian semua dilindungi Allah dan akan mendapat keberkatan sepanjang 2019. Kita tinggalkan hari bekerja pada 2018. Kita ambil segala ilmu dan kita baiki segala kelemahan.
- Hari ini adalah hari pertama bekerja pada tahun 2019. Semuanya hari pertama. Sekolah, pejabat, sama ada organisasi awam mahupun swasta.
- Jalan tiba-tiba jem kembali kan. Jem bermula jam 6:30 pagi. Malah ada yang lebih awal. Apa lagi kalau jalan tersebut melalui kawasan persekolahan. Jadi, tahun 2019 jom kita sama-sama keluar awal. Elak sebarang bentuk jem dan yang lebih penting, kita tidak menyumbang kepada kejadian jem tersebut.
- Hari ini pasti masa yang diambil untuk bersarapan lebih pendek. Maklumlah, merokok adalah dilarang di semua premis makanan. Bagi yang tidak merokok, terutama warga emak, wanita dan kanak-kanak, kalian sepatutnya merakamkan penghargaan kepada usaha bijak Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Kalau dulu perokok akan duduk di premis makanan cukup lama. Sarapan dan merokok. Kemudian merokok lagi. Dan merokok lagi. Tahun ini harapnya perokok akan bergerak sejauh 3m dari premis makanan.
- Harapnya selepas ini premis makanan terutama sekali kedai mamak tidak lagi menjual semua produk tembakau. Kalau ini dapat dilakukan, perlaksanaan undang-undang akan jadi selari dengan hasrat negara.
- Hari pertama bekerja harga minyak masih kekal. Harapnya petang ini akan ada berita gembira yang minyak akan turun. Saya percaya akan turun. Kalau kekal pun saya tidak kisah sangat sebenarnya. Yang saya harapkan, ada sedikit daripada harga minyak yang kita bayar tersebut menjadi cukai negara. Kalau kita tidak bayar cukai, bagaimana negara nak dapat sumber pendapatan?
- Motosikal dah bebas tol hampir di semua lebuhraya. Bertuahlah penunggang motosikal di Malaysia. Tol bukan isu sangat bagi motosikal. Isu utamanya adalah remaja yang menunggang motosikal dengan cara sangat merbahaya. Menunjuk-nunjuk. Ingat, hari ini sudah 2019. Remaja yang bermotosikal, jom kita ubah. Negara dan hargai anda, maka anda hargailah nyawa dan kehidupan anda sendiri.
- Ramai juga rakan-rakan yang bercuti pada hari ini. Sebab utamanya adalah menghantar anak ke sekolah. Tahniah. Budaya menghantar anak pada hari pertama persekolahan adalah sangat menarik. Hantar dan serahkan anak kepada guru sekolah. Sampaikan amanah kepada guru. Katakan begini.."Saya serahkan anak saya untuk cikgu didik agar nanti negara kita akan memiliki warga yang hebat."
- Ada satu yang akal kekal sama. Mereka yang tidak bekerja. Mereka akan terus kakal begitu. Tahun akan bertukar...dan mereka kekal sama. Pesan saya jika anda gagal bekerja pada hari ini, pastikan esok anda telah mula bekerja. Kalau kita mahu negara kita maju, kita kena bekerja.
SELAMAT TAHUN BARU 2019
No comments:
Post a Comment