Search This Blog

Friday, December 28, 2018

BELAJAR DARI PERCUTIAN 4


  1. Ada banyak yang boleh saya tulis mengenai percutian di NZ. Tetapi saya memilih untuk menjadikan siri ini sebagai siri yang terakhir. Selebihnya, pembaca sekalian boleh melawat sendiri NZ.
  2. Kali ini saya akan bercerita mengenai pengurusan perokok dan tembakau. Malaysia juga semakin mengetatkan undang-undang untuk perokok dan tembakau ini. Tahun 2019, kedai makan akan menjadi tempat larangan merokok. Sebelum ini RnR di semua lebuhraya diharamkan merokok.
  3. Itu Malaysia. Di NZ keadaannya juga sama. Semua banggunan bebas rokok. Hotel bajet pun bebas rokok. Semua orang patuh tanpa sebarang rungutan.
  4. Di kawasan terbuka tempat merokok disediakan merata-rata. Di depan kedai makan jaraknya tidak sampai 2m. Di hotel tidak sampai 2m. Di Airport, ada kawasan merokok. Alasannya mudah, perokok dan perokok okay sahaja, yang dielakkan adalah kesan kepada orang yang tidak merokok.
  5. Iklan Vape sebagai alternatif untuk berhenti merokok ditayangkan di TV dan pelbagai medium lain. Cecair Vape dikawal ketat. Bukan mudah menjual dan bukan mudah membeli.
  6. Jualan rokok dan tembakau juga dikawal ketat. Rokok tidak dipamerkan. Tiada iklan rokok. Tembakau juga begitu. Rokok seludup langsung tiada. Kalau muka kita nampak muda, penjual akan minta pengenalan diri. Bawah 21 tahun, rokok tidak akan dijual.
  7. Harga rokok hampir sama dengan harga satu gm emas. Dunhill berharga RM89 sekotak untuk 20 batang. Tembakau 50gram berharga RM130. Rokok menjadi barang yang sangat mewah. 
  8. Perokok tetap ramai. Tanpa mengira jantina dan beza usia. Namun puntung rokok tidak ada merata-rata. Tiada penjual rokok di tepi jalan. Hanya kedai yang menjual arak sahaja dibenarkan menjual rokok.
  9. Tempat merokok di kawasan tumpuan pelancong juga tersusun. Tempat merokok ada di setiap 30m. Tampatnya terlindung daripada laluan awam. Malah, kerusi dan meja disediakan. Dalam kereta juga tidak boleh merokok. Namun, ada papan tanda tempat berhenti rehat. Di setiap tempat berhenti rehat disediakan tempat merokok. 
  10. Itu sahaja tentang NZ yang sempat saya lihat. Kalau pembaca ke sana, lihat pula perkara lain yang saya tidak terlihatkan.

No comments: